Followers

Showing posts with label bicara. Show all posts
Showing posts with label bicara. Show all posts

27 June 2014

Pada Doa dan Harapan


-->
Bismillah'hirahmanirahim...

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian:
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).


Sebagai seorang Islam doa seumpama isi dan kuku dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi disaat kita jatuh tersungkur dan lemah dalam sesuatu ujian dan dugaan yang diberikan. Begitu jua dengan soal jodoh kita. sekiranya kita telah atau pun tersukakan kepada seseorang hendaklah kita berdoa agar dirinya dan kita disatukan diatas ikatan ijab dan qabul dibawah penyaksian yang halal dan suci. 






-->
Untuk diri perlu kita ingat kembali dan soroti kembali kadangkala apa yang kita sangka baik itu berkemungkinan tidak baik bagi kita. Sesungguhnya Allah merancang yang terbaik buat kita.  Perkahwinan bukan semata-mata atas dasar CINTA. perlu diingat itu, perkahwinan adalah salah satu daripada pernyempurnaan iman dan juga memerlukan komitmen yang tinggi terhadap pasangan masing-masing. 

-->
Ingatlah hidup kita buka happy ending seperti dalam mana-mana novel stories dan mungkin tidak juga seindah pengakhiran seperti filem-filem cinta... atau mungkin juga penamatnya seperti QAISY dan LAILA, ROMEO AND JULIET, SHAH JEHAN DAN ISTERINYA, MUMTAZ..
Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan.

NAMUN...jika tidak dijaga dengan sebenar-benarnya berlandaskan syariat islam "ADA CINTA ADA KAHWIN" berkemungkinan besar P.E.R.Z.I.N.A.A.N itu berlaku. Pesan pada diri khususnya dan untuk sahabat yang dikasihi, justeru itu, Jagalah batasan pergaulan kita agar kelakuan kita seiring dengan tuntutan Allah s.w.t...

Dan jangan lupa...berdoalah sentiasa agar jodoh yang ditentukan kita adalah dalam kalangan soleh dan solehah. Kerana doa itu adalah perantaraan terus antara hamba-Nya dan Tuhan Pencipta tanpa terhijab dan akan diangkat ke langit ke tujuh.

Ayuh cuba hayati bait-baik kata ini di ambil dari laman sesawang. 
 
Ya Allah…
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!”

Ya Allah…
Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..

Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalanku

Ya Allah …
Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu 
(oleh Rieke-tetaplah disisiku)


Penantian itu indah jika hadir dalam buah kesabaran. Insya'Allah.


28 Syaaban 1435H

08 May 2014

JALAN ITU JAUH


"ALLAH HUMASOLLI'ALA MUHAMMAD WA'ALA ALIHI MUHAMMAD"


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Ibarat musafir, yang kembaranya digalas dengan bekalan untuk keperluan sepanjang perjalanan sebelum sampai ke perhentian. Begitulah kita didunia ini persis musafir mengembara pada sebuah maksud kehidupan. Kita pengembara sementara disini sebelum menjejak kampung abadi. Dan dalam pengembaraan persediaan atau bekalan  itu adalah penting untuk menampung setiap liku-liku sepanjang tempoh itu sebagai bekalan untuk sampai ke perhentian. 



Beruntunglah jika kita membuat persediaan yang awal jika nanti tempoh waktu perjalanan itu kita teruji kita sudah membuat persediaan seperti seadanya. Dan pengembaraan itu menuntut pada sebuah pengorbanan dan kepayahan. Disitulah kita akan diuji dan teruji. Keran jalan jauh. Penuh mehnah yang perlu pada sebuah bekalan agar nanti upaya menampung dalam perjalanan hingga sampai perhentian yang yang ABADI. 




9 Rejab 1435H
JUMAAT KAREEM 



13 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435 H



 


 
 
 
 
ALLAH HUMMA SOLLI ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA' ALA ALIHI SAIYIDINA MUHAMMAD...

Murabbi cinta...ada rindu yang tak terhapus oleh jejak waktu dan ketika. 
Bergetar hati kecil kami saat lantunan suci selawat dan salam dipadukan
rindu kami pada agungnya Peribadi Baginda, rindu kami Pada agungnya pengorbanan Baginda S.A.W untuk ummat Baginda S.A.W., rindu kami pada agungnya akhlak Baginda, 
 
Dimana diri ini pada rindu nya pada sosok yang Mulia ini.?

Merindui kembali pada fitrahnya sebuah kehidupan. pada erti kehidupan yang hakiki...
 
 
 
 
 
 Semai rindu dalam himpunan selawat....
 
 
Allah humma solli a'la muhammad Wa"ala alihi Muhammad
 
 
........................................................................................................................................................
 
Suatu hari, Rasulullah bertanya: "Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"

Sahabat menjawab: "tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"
...
Rasulullah tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Rasulullah berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan....

Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata: "Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku, bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA, MEREKALAH UMATKU !
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
12 RABUIL AWAL 1435H...1037pm

24 December 2013

YANG SATU

Tuhan…
Jangan tinggalkan aku Tuhan
Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan
Apalah erti hidup ini
Jika Engkau biarkan aku Tuhan
Segala yang ada tidak ada erti
Apalah erti hidup tanpaMu Tuhan
Aku memerlukanMu
Jika Engkau pimpin aku
Segala yang ada mempunyai makna
Setiap milikanku mempunyai erti
Kalau tidak memiliki apa-apa pun
masih mempunyai
Begitulah besarnya erti hidup ini
BersamaMu bahagialah hati
Cerialah muka walaupun papa
Kalau hidup ini tidak bersamaMu
Hilanglah bahagia ceria tiada
Walaupun berkuasa dan kaya
Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka
Engkau adalah keperluan di dalam kehidupan
Engkau adalah cahaya menyuluh harapan
Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan
Engkau adalah segala-galanya
Jangan tinggalkan aku Tuhan
Jangan biarkan aku Tuhan
Itulah harapanku padaMu
Dengan rahmatMu
Tuhan harap tunaikan
Tuhan harap….
Harap….
Tunaikan…

......Sumber: NAYSID KUMPULAN DIWANI......




...................................................................................................
Tuhan andai ENGKAU mengtakdirkan agar aku melupakan tentang semua yang ada didunia ini, aku ingin. Namun satu pintaku, Jangan lupakan aku kepada-MU. Tuhan ku ingin selalu mengingati-MU....hanya itu...






07 September 2012

Yang Tinggal

BismillahHirahmanirahim...
Sudah lama tidak berkesempatan "megupdate" blog ini. Benarlah dua perkara yang kita selalu lalaikan Iaitu " Nikmat Yang dikurniakan Allah waktu kita sihat dan Nikmat Waktu Lapang"..... NIKMAT WAKTU LAPANG DAN NIKMAT WAKTU SIHAT. Sudah kita melewati 2 bulan yang penuh barakah dan mulia Ramadhan dan Syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi. Semuanya untuk memberi peringatan pada diri bahawa betapa peri pentingnya waktu itu yang meninggalkan kita, mungkin juga waktu itu menghadirkan sebuah kenangan untuk kita hayati dan pelajari.....Sesungguh nya waktu itu menuntut kita berfikir tentang apa dan siapa diri kita yang sebenarnya....Kadang ada waktu itu juga kita terasa ditinggalkan dalam ramai.......
.....Yang ada Pada Sebuah Kehidupan...... Yang di namakan kehidupan adalah suatu proses ..
dari sebuah kehidupan kita belajar dan di tarbiah ...
Tanpa ada batas umur dan ketika ...

satu saat perjalanan hidup lancar
Namun pada maksud sebuah kehidupan yang penuh mehnah ujian...
kita diuji dan teruji dengan sebuah kegembiraan dan kepayahan
disitu kita bisa belajar erti kemanisan sebuah kehidupan,

Saat kita Jatuh namum bangkit...

Jatuh lagi, tetap terus mencuba...tiada putus asa kerana yakin janji-Nya sudah pasti


Sampai saat Allah menjemput “WAKTUNYA KEMBALI” :) ................................................................................................................................ Moga diterima menjadi hamba-Nya ...Aminnn Allah...... Kadang bimbang untuk diri berbicara disini kerana setiap apa yang diucapkan oleh hamba-Nya semuanya akan dipersoalkan oleh-Nya kelak, dan Dipertanggungjawabkan . Moga dibimbing oleh-Nya setiap tuntun langkah dan bicara ini dan mohon teguran, jika ada yang salah pada teman dan sahabat yang dikasihi kerana Allah.
.........................................................................................................................................................................
Ya Allah, Ya Robbul Izzati, Rahmati dan lindungilah mereka yang kukasihi dalam kesejahteraan rahmat perlindungan dan kasih sayang dari-Mu dunia dan akhirat. Kurniakan kami nikmat iman,islam dan Ihsan, terimalah kami menjadi hamba-Mu...aaminnn Allah
An-Nu'man bin Basyir r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Perumpamaan kaum mu,kmin dalam cinta kasih dan rahmat hati mereka bagaikan satu badan. Apabila satu anggota menderita, maka menjalarlah penderitaan itu ke seluruh badan hingga tidak dapat tidur dan panas...
( Bukhari, Muslim) ......

05 June 2012

Ya Rasulullah,.............Sollu 'alaan nabiiy....

dan berbicaralah dari sekeping hati tunduk merindu..............
Allahumma salli `ala Muhammad wa' ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin...
Dalam (Surah Al-Ahzab ayat 56) Allah S.W.T menyatakan yang bermaksud "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
....................................................................................................................................................
Wahai purnama.....wahai purnama Yang indah lagi sempurna Bagaimana....bagaimana Nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi....dia alam tinggi.... Terangi kegelapan dan kebatilan... Dengan mu alam bergemerlapan....bergemerlapan
­... Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya.... Siang dan malam jua.....siang dan malam jua Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu...

19 March 2012

Indah pada Takdir-Nya

Assalamualaikum W.B.T
Takdir....
Kata Imam Al-Ghazali, “Dunia ni ibarat seperti ular, lembut sentuhannya tetapi amat berbisa.” Tidak semua apa yang kita inginkan akan bisa kita kecapi, kerna ALLAH tak beri apa yang kita impi, tetapi ALLAH akan beri apa yang kita perlu. ...................................................................
Satu kata yang simbolik pada maksud sebuah kehidupan. Menjadi kewajipan bagi setiap yang bergelar manusia untuk beriman dengan Takdir Illahi. Itu adalah salah satu daripada rukun Iman yang wajib diimani. Setiap detik waktu, setiap atur langkah dan setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah atas takdir-Nya. Kerna tinta itu telah lama mengering dan naskahnya tersimpan kemas di Lohz Mahfuz-Nya. Setiap yang berlaku telah ditentukan ketetapannya. Baik atau sebaliknya sebagai hamba Allah yang beriman perlu menerima segalanya, kerana setiap nikmat dan musibah yang menimpa adalah tarbiah dari yang maha Esa tanda kasihnya Dia pada hambanya...Begitulah yang ada pada maksud sebuah kehidupan. Bukankah indah bila kita diuji sesuatu musibah kita bisa menjadi lebih dekat dengan Pencipta kita, Allah S.W.T. Pada-Nya kita mengadu dan berdoa agar di beri kekuatan dan di teguhkan keimanan dalam diri....Disebaliknya tersimpan seribu hikmah buat hambanya, yang redho dan sabar menerima takdir baik dan buruk dari-Nya.Sesungguhnya Segala peta itu milik-Nya, bahkan setiap hembusan nafas, setiap denyut nadi kita ini adalah anugerah dari-Nya Ya Rohman Ya Rohim.....
Firman ALLAH dalam surah al-Inshirah ayat 5-6 yang bermaksud, “Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
........................................................................................................................................................................
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian... Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah) Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.'' ~H.R. Bukhari dan Muslim~
.........................................................................................................................................................................
ALLAH ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. ALLAH Maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” .........................................................................................................................................................
Setiap aturan takdir yang ALLAH S.W.T titipkan buat kita hamba-Nya, pasti ada hikmah yang tersendiri dan tersembunyi seribu hikmah. Tidak ada yang mustahil di dunia ini. Seberat dan sesulit apa pun dugaan yang mendatang dalam kamus hidup kita, pasti akan ada jalan penyelesaian. Diibaratkan seperti hujan gerimis yang turun membasahi bumi pasti akan reda jua. Kadang-kadang dihadiahi pula sang pelangi yang indah lagi bercahaya. Begitulah juga yang ada pada maksud sebuah kehidupan. Setiap ujian yang datang adalah asam garam bagi yang bergelar Insan dalam menjali kehidupan ini yang fana. dengan. Tiap badai yang datang pasti akan berlalu pergi. Persis bagaikan malam yang gelap, pasti gantiannya adalah siang yang cerah.
26 RabiulAkhir 1433 Hijriah...... zizu_M