Followers

26 May 2011

Kisah Anak Yang Soleh

Kisah anak yang soleh Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini? kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. ______________________________
....Sumbangan.....
  • Mazelan Abas

Fuzail dengan Khalifah Harun ar-Rasyid

  • Peribadi Abu Ali al-Fuzail bin At-Talaqani...
Abu Ali al-Fuzail bin Iyaz at-Talaqani dilahirkan di Khurasan. Diriwayatkan bahawa sewaktu meningkat remaja, Fuzail adalah seorang pencuri. Setelah bertaubat, Fuzail pergi ke Kufah kemudian ke Makkah, di mana ia tinggal beberapa tahun lamanya hingga wafatnya pada tahun 187H/803M. Nama Fuzail cukup terkenal sebagai seorang ahli hadis, dan keberaniannya berdakwah kepada Harun ar-Rasyid menjadi sebutan orang.
  • Fuzail dengan Khalifah Harun ar-Rasyid...
Pada suatu malam, Harun ar-Rasyid memanggil Fazl Barmesid, salah seorang di antara pengawal kesayangannya. Harun ar-Rasyid berkata kepada Fazl: Malam ini bawalah aku kepada yang boleh menunjukkan kapadaku siapakah aku ini sebenarnya. Aku telah jemu dengan segala kebesaran dan kebanggaan. Fazl membawa Harun ar-Rasyid ke rumah Sufyan al-Uyaina. Mereka mengetuk pintu dan dari dalam Sufyan menyahut: Siapakah itu? Pemimpin kaum Muslimin, jawab Fazl. Sufyan berkata: Mengapa sultan mahu menyusahkan diri. Mengapa tidak diberitahu sahaja padaku sehingga aku datang sendiri menemuinya? Mendengar ucapan tersebut Harun ar-Rasyid berkata: Ia bukan orang yang kucari. Ia pun mengagungkanku seperti orang lain. Jika demikian, Fuzail bin Iyaz adalah orang yang engkau cari. Pergilah kepadanya. Kemudian Sufyan membacakan ayat: Apakah orang-orang yang perbuat aniaya menyangka bahawa Kami akan menyamakan mereka dengan orang-orang yang beriman serti melakukan perbuatan-perbuatan yang soleh? Harun ar-Rasyid mengatakan: Seandainya aku menginginkan nasihat-nasihat yang baik nescaya ayat itu telah mencukupi. Kemudian mereka mengetuk pintu rumah Fuzail. Dari dalam Fuzail bertanya: Siapakah itu? Pemimpin kaum Muslimin, jawab Fazl. Apakah urusannya dengan aku dan apakah urusanku dengan dia? tanya Fuzail. Bukankah suatu kewajipan untuk mematuhi orang yang memegang kuasa? sela Fazl. Jangan kamu menggangguku, seru Fuzail. Perlukah aku menolak pintu dengan kekuasaanku sendiri atau dengan perintah sultan? tanya Fazl. Tidak ada sesuatu hal yang disebut kekuasaan, jawab Fuzail. Jika engkau secara paksa menceroboh masuk, engkau tahu apa yang engkau lakukan. Harun ar-Rasyid melangkah masuk, Begitu Harun menghampirinya, Fuzail meniup lampu sehingga padam agar ia tidak dapat melihat wajah sultan. Harun ar-Rasyid menghulurkan tangannya dan disambut oleh tangan Fuzail yang kemudian berkata: Betapa lembut dan halus tangan ini! Semoga tangan ini terhindar dari api neraka! Setelah berkata demikian Fuzail berdiri dan berdoa. Harun ar-Rasyid meresa hatinya sangat tersentuh dan tidak dapat menahan tangisannya. Katakanlah sesuatu kepadaku, Harun bermohon kepada Fuzail. Fuzail mengucapkan salam kepadanya dan berkata: Sebelum ini, bapa saudara Nabi Muhammad, pernah meminta kepada beliau: Jadikanlah aku pemimpin bagi sebahagian umat manusia. Nabi menjawab: Pak cik, untuk sesaat aku pernah mengangkatmu menjadi pemimpim dirimu sendiri. Dengan jawapan ini yang dimaksudkan Nabi adalah: Sesaat mematuhi Allah adalah lebih baik daripada seribu tahun dipatuhi oleh manusia. Kemudian Nabi menambah lagi: Kepimpinan akan menjadi penyesalan pada hari kebangkitan nanti. Ceritakanlah, Harun ar-Rasyid meminta. Ketika diangkat menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz memanggil Salim bin Abdullah, Raja bin Hayat, dan Muhammad bin Kaab. Umar berkata kepada mereka: Hatiku sangat gelisah kerana ujian ini. Apakah yang harus kulakukan? Aku tahu bahawa kedudukan yang tinggi ini adalah satu ujian walaupun orang-orang lain menganggapnya sebagai satu kurnia. Salah seorang di antara ketiga sahabat Umar itu berkata: Jika engkau ingin terlepas dari hukuman Allah di akhirat nanti, pandanglah setiap Muslim yang lanjut usia sebagai ayahmu sendiri, setiap Muslim yang masih kanak-kanak sebagai anakmu sendiri, dan perlakukanlah mereka sebagaimana seharusnya seorang memperlakukan ayahnya, saudaranya dan anak-anaknya. Ceritalah lagi, Harun ar-Rasyid meminta. Anggaplah negeri Islam sebagai rumahmu sendiri dan penduduknya sebagai keluargamu sendiri. Ziarahilah ayahmu, hormatilah saudaramu dan bersikap baiklah kepada anakmu. Aku sayangkan jika wajahmu yang tampan ini akan terbakar hangus di dalam neraka. Takutilah Allah dan taatilah perintah-perintah-Nya. Berhati-hatilah dan bersikaplah secara bijaksana, kerana pada hari Akhirat nanti Allah akan meminta apa yang dipertanggungjawabkan olehmu sehubungan dengan setiap Muslim dan Dia akan memeriksa apakah engkau telah berlaku adil kepada setiap orang. Apabila ada seorang wanita uzur yang tertidur dalam keadaan lapar, di hari Akhirat nanti ia akan menarik pakaianmu dan akan memberikan kesaksian yang akan memberatkan dirimu. Harun ar-Rasyid menangis dengan sangat kuatnya sehingga nampak ia akan jatuh pengsan. Melihat hal ini wazir Fazl menyentak Fuzail: Cukup! Engkau telah membunuh pemimpin kaum Muslimin. Diamlah Hamam! Engkau dan orang-orang yang engkau inilah yang telah menjerumuskan dirinya, kemudian engkau katakan aku yang membunuhnya. Apakah yang kulakukan ini suatu pembunuhan? Mendengar kata-kata Fuzail ini tangisan Harun ar-Rasyid semakin menjadi-jadi. Ia menyebutmu Hamam, kata Harun ar-Rasyid memandang Fazl. Kerana ia menyamakan diriku dengan Firaun. Kemudian Harun bertanya kepada Fuzail: Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan? Ya, jawab Fuzail. hutang kepatuhan kepada Allah. Seandainya Dia memaksaku untuk menjelaskan hutang ini celakalah aku! Yang kumaksudkan adalah hutang kepada manusia, Fuzail, Harun menegaskan. Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepadaku sedemikian banyaknya rezeki sehingga tidak ada keluh-kedah yang harus kusampaikan kepada hamba-hamba-Nya. Kemudian Harun ar-Rasyid menaruh sebuah bekas yang berisi seribu dinar di hadapan Fuzail sambil berkata: Ini adalah wang halal yang diwariskan oleh ibuku. Tetapi Fuzail mengutuknya: Wahai pemimpim kaum Muslimin, nasihat-nasihat yang kusampaikan kepadamu ternyata tidak ada faedahnya. Bahkan engkau telah memulakan lagi perbuatan salah dan mengulangi kezaliman. Apakah perbuatan yang salah telah kulakukan? tanya Harun ar-Rasyid. Aku menyerumu ke jalan keselamatan tetapi engkau menjerumuskan aku ke dalam godaan. Bukankah hal itu suatu kesalahan? Telah kukatakan kepadamu, kembalikanlah segala sesuatu yang ada padamu kepada pemiliknya yang berhak. Tetapi engkau memberikannya kepada yang tidak patut menerimanya. Aku memberi nasihat kepadamu tanpa mengenakan sedirham pun. Setelah berkata demikian, Fuzail berdiri dan melemparkan wang-wang emas itu keluar. Benar-benar seorang manusia yang hebat! Harun ar-Rasyid berkata ketika ia meninggalkan rumah Fuzail. Sesungguhnya Fuzail adalah seorang raja bagi umat manusia. Ia sangat alim dan dunia ini terlalu kecil pada pandangannya. ...sumbangan...
  • Mazelan Abas

25 May 2011

Kata yang tak terucap

Assalamualaikum...w.b.t....
Berkata-kata memang sudah tabiat azali manusia. Pada maksud menyampaikan sesuatu, meluahkan perasaan, berkongsi cerita, dan inti-inti yang punya maksud tersurat dan tersirat. Namun kadang-kadang kata-kata itu mati pada benak fikiranku sendiri. Tidak bisa dilontarkan dengan bicara, seusai itu ia menjadi begitu diam. Sungguh kadang aku terlalu pasif berkongsi kata-kata dan berbicara dengan dunia-dunia ini. Terlalu burukkah bersikap begitu yang kadang-kadang?monolog pada diri sendiri......
Mungkin masa lalu dan persekitaran ini mengajar ku tentang sesuatu mengenai penghidupan. Kadang kata-kata itu boleh menjadi ubat penawar yang merawat diri namun ia boleh juga menguris jiwa-jiwa yang mendengarnya. Tanpa kita sedar atau tidak mungkin kita ada tersalah dalam berkata-kata yang bisa menimbulkan duka pada orang lain. Begitu berat mainan sebuah kata-kata. Namun pada sisi lain mungkin ada kata-kata yang kita tidak mampu untuk meluahkannya, sehingga ianya menjadi bekas-bekas yang tersimpan kemas di kotak minda. . Jujur ku mengakuinya, kadang kata-kata itu tidak mampu untuk dituturkan hingga tidak mungkin diluahkan dengan bicara. Ianya terkunci kemas dibibir. Kadang mata pena dan tinta kerdil juga menjadi teman yang termampu di utarakan dan di nukilkan.   Ku suka begitu, dan diulangi membelek-belek kembali naskah-naskah itu.Kadang waktu  buntu untuk berkata-kata ku koreksi diri dengan meluahkan pada DIA.Sesungguhnya rasa senang  dan tenang saat berkongsi dengan Pemilik diri ini.Lafaz itu tidak mampu diluah dengan bibir hanya bicara hati bisa merungkai segalanya dengan perantaraan-Nya dan berserah kepada-Nya. Ku senang begitu, dan ku tenang disitu, Dia Maha Mengetahuai segalanya yang tersisa dalam diri dan minda  yang menjadi rahsia diri. Ya hanya Dia mengetahu segalanya. Biar terasa keseorangan di pentas dunia ini namun yakinlah bahawa Dia senantiasa ada bersama tiap hembusan nafas dan denyut nadi ini. Dan setiap langkah yang diatur dia Maha Pelindung...Maha Besar Mu Ya ALLAH. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahuai lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....
Alhamdulillah Dia sentiasa ada pada yang sememangnya ada dan yang mengkehendaki-Nya....Dia ada....
...zizu-m...

13 May 2011

Dialog Iblis Dan Rasulullah s.a.w Iblis Musuh Yang Nyata...

Iblis merupakan satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli ibadah, menjadi ketua kepada Malaikat dan Jin. Apabila Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s dan memerintahkan semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam a.s., Iblis engkar dan tak nak sujud. Iblis telah di murkai dan di laknati oleh Allah s.w.t. Atas kejadian tersebut Iblis telah minta tangguh umurnya sehingga hari Qiamat dan berjanji untuk menyesatkan seluruh anak cucu Nabi Adam a.s. dengan segala cara dan tipu dayanya. Iblis berjanji di depan Allah s.w.t untuk menyesatkan keseluruhan umat manusia kecuali mereka2 yang IKHLAS kerana Allah s.w.t. Untuk itu kita perlu waspada mengenai hasutan, pelan tindakkan, strategi penyesatan, dan permainan Iblis dan rakan-rakannya. Kita tahu kita tidak boleh nampak Iblis dan Iblis boleh nampak kita dan boleh mengalir di salur darah kita. Kita tahu Iblis ini memang pandai dalam bab Ilmu Agama dan juga Ilmu2 yang lain. Ia lebih mahir dan lebih tahu perihal manusia itu. Setiap manusia yang lahir akan ada bersamanya Iblis yang memerhati setiap gerak geri dari kecil sehingga mati. Iblis ini mencari masa yang sesuai untuk menyesatkan manusia. Jika orang itu warak dan alim maka akan di sesatkan dengan kewarakan dan kealimannya. Jika orang itu berilmu maka dia akan memaniskan ilmunya untuk lebih berilmu dan mula lupakan tuhan. Jika orang itu meminati perkara yang samar maka ia akan menjelaskan dan mengatakan yang samar itulah yang benar. TUJUAN IBLIS : Ialah untuk MENYESATKAN umat manusia dan MEMBELAKANGKAN ALLAH s.w.t di dalam kehidupan supaya sama-sama menyertai Iblis. Untuk itu marilah kita kenali Iblis melalui Dialog antara Rasulullah s.a.w dengan Iblis untuk kita semua lebih peka akan tindak-tanduk Iblis dalam kehidupan kita. Semoga kita semua di beri Rahmat dan Pentujuk untuk menjadi hamba yang benar-benar Ikhlas kepada Allah s.w.t. Dialog Iblis Dan Rasulullah s.a.w Iblis Musuh Yang Nyata Dari Muadz bin Jabal, dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. Rasulullah saw bersabda: Tahukah kalian siapa yang memanggil? Kami menjawab: Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu. Rasulullah melanjutkan, Itu Iblis, laknat Allah bersamanya. Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata:Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah. Rasulullah menahannya: Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik. Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.
Iblis berkata: Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin Rasulullah saw lalu menjawab: Salam hanya milik Allah swt, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu? Iblis menjawab: Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa. Siapa yang memaksamu?
Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin. Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak Kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh. Orang yang dibenci Iblis Rasulullah saw lalu bertannya kepada iblis: Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci? Iblis segera menjawab: Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci. Siapa selanjutnya? tanya Rasulullah saw. Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah swt. Lalu Siapa lagi? Orang alim dan wara (loyal) Lalu siapa lagi? Orang yang selalu bersuci (juga merujuk kepada orang yang tetap wudunya). Siapa lagi? Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain? Apa tanda kesabarannya? Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang orang yang sabar. Selanjutnya apa? Orang yang bersyukur Apa tanda kesukurannya ? Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya. Pandanganmu mengenai orang seperti Abu Bakar? Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam. Umar Bin Khattab ? Demi Allah, setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur (ketakutan). Usman Bin Affan? Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya. Ali Bin Abi Thalib? Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu. (Ali Bin Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah swt)
  • Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis
Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat? Aku merasa panas dingin dan gemetar. Kenapa? Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat hamba terebut. Jika seorang umatku berpuasa ? Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka. Jika ia berhaji? Aku seperti orang gila. Jika ia membaca Al-Quran? Aku merasakan diriku meleleh laksana timah di atas api Jika ia bersedekah? Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji. Mengapa bisa begitu ? Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.
  • Apa yang dapat mematahkan pinggangmu? Suara kuda perang dijalan Allah.
  • Apa yang dapat melelehkan tubuhmu? Taubat orang bertaubat (orang yang benar-benar taubatnya).
  • Apa yang dapat membakar hatimu? Istighfar diwaktu siang dan malam.
  • Apa yang dapat mencoreng (melukakan) wajahmu?
Sedekah yang diam-diam (contoh mudah ialah tangan kanan bersedekah walhal tangan kiri tidak mengetahui akan sedekah tangan kanan tersebut).
  • Apa yang dapat merusak wajahmu?
Shalat fajar.
  • Apa yang dapat memukul kepalamu?
Shalat berjamaah.
  • Apa yang paling mengganggumu?
Majlis para ulama.
  • Bagaimana cara makanmu?
Dengan tangan kiri dan jariku.
  • Dimanakah kau menaungi anak-anak mu dimusim panas?
Dibawah kuku manusia (perintah supaya memendekkan kuku). Manusia Yang Menjadi Teman Iblis Lalu Baginda Rasulullah bertanya lagi: Siapa temanmu wahai Iblis? Pemakan riba
  • Siapa sahabatmu?
Penzina
  • Siapa teman tidurmu?
Pemabuk
  • Siapa utusanmu?
Tukang sihir (juga merujuk kepada orang yang menyesatkan)
  • Apa yang membuatmu gembira?
Bersumpah dengan cerai
  • Siapa kekasihmu?
Orang yang meninggalkan Solat Jumaat
  • Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?
Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja
  • Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas
Rasullullah SAW lalu bersabda lagi: Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan ummatku dan menyengsarakanmu. Iblis segera menjawab: Tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana Kau bisa berbahagia dengan ummatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku? Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang Ikhlas (Mukhlisin).
Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?
Tidaklah Kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku. Iblis dibantu oleh 70 000 anak anaknya Iblis berkata lagi: Tahukah kamu wahai Muhammad, bahwa aku mempunyai 70 000 anak dan setiap anak memilki 70 000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjamaah. Aku juga punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus. Aku juga punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia (membangga-bangga), maka 99 daripada 100 pahalanya akan terhapus. Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. Iblis berkata lagi: Keluarkan tanganmu, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anak ku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa akannya. Berkata lagi Iblis tersebut: Tahukah kamu wahai Muhammad? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur. Cara Iblis Menggoda Iblis menyambung ceritanya: Tahukah kamu wahai Muhammad? Dusta berasal dari diriku. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai,isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, iaitu Cerai. Iblis menyambung: Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ngulur (melambat-lambatkan) solat, Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan solatmu tidak sah. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul? Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Iapun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum iamam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai. Iblis menyambung lagi: Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku. Iblis berkata kepada Rasulullah: Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, Kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat. Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan. Wahai Muhammad, apakah engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?
10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT
Rasulullah bertanya pula kepada Iblis: Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu? 10 macam Apa saja? Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan (Qs Al Isra :64). Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan. Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai kitabku. Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. (Qs. Al Isra:27). Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, Silakan, aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. Iblis berkata lagi: Wahai Muhammad, aku tak bisa meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda, Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya. (nafi makhluk, Isbatkan Allah) Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT (QS Hud : 118 119). Juga membaca, Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata: Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tidak sesekali berbohong. Begitulah kisah mengenai Iblis, yang telah dipersaksikan kehadapan Baginda Rasulullah saw tanpa ada sedikit pun penipuan dalam percakapannya. Maha Suci Allah yang menciptakan berbagai-bagai ragam Makhluk-Nya. Hanya tinggal untuk membuat pilihan antara kita, sama ada jalan benar atau jalan sebaliknya yang hendak kita pilih dalam mendapatkan Redha Allah swt.
Sumber : 1.Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi/Darul Ilmi al Munawar asy-Syamsiyah, Madinah. 2.Mazelan Abas Sumbangan: http://automlmanda.ws

05 May 2011

mencari diri....

Assalamualaikum W.B.T.....
Hati mula berbicara terasa diri terlalu hina disisi-Nya kadang mengeluh kadang merungut terlalu banyak meminta... namun jauh disudut hati kecil ku ini terasa sepi dan kosong pada jiwa ini mungkin ku rindu sesuatu KAsih SAyang-Nya....ya kasih sayang-Nya ku rindu Layakkah ku untuk mendapatkannya begitu banyak dosa dan noda yang terpalit dalam diri ku yang serba serbi doif ini Dan sering kali khilaf.... Kadang waktu dilanda gundah baru cepat-cepat mengadu kepada Yang Maha Pengasih dan bila terasa tenang sedikit lupa sekejap pada-Nya.... Sungguh kerdil diri hamba Mu ini dihadapan Mu...Ya Rabb Ku tekad kan diri Yakin sesungguhNya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....Moga hidayah-Nya mengiringi setiap usaha dan perjalanan umur ku ini dibumi Yang Esa ini Tuhan Redho kan hamba Mu yang hina ini dalam rahmat MU Kasihi daku dalam cinta yang sejati dan abadi dari Mu.... Moga ku bisa meraih cinta yang hakiki dari Mu..... Moga pencarian ku ini ada jawapan yang jelasnya dan ada keberkatannya.... ku takut akan tersungkur lagi dipertengahan liku-liku hidup ini moga ku kuat untuk hadapi segalanya... Dalam pencarian ini ku perlu bangkit semula melempar jauh resah didada walaupun kadang waktu itu ia datang juga Namun sebagai hamba-Nya yang bersyukur ku harus tabah dan sabarkan diri menghadapi segalanya.....alunan surah-surah MU ku perdengarkan menjadi halwa buat pancainderaku yang hadir bersama kekerdilan diri ini terhapad kebesaran ayat-ayat Mu.... Terasa lapang dada mendengar ayat-ayat MU....munajat ku pada- Mu agar jiwa dan hati terang pada yang hakiki Moga setiap titik dan helus doa dan taubat bisa menjadi azimat buat hatiku.... Perjuangan ini harus ku alirkan dan harusku usahakan kerana jalan yang Engkau berikan terlalu banyak dan ada jelasnya....dan seringkali terlalu sulit untuk melewatinya....akan ku usahakan jua Bersama iringan doa dan zikir-Mu ku yakin itu...diriku tidak keseorangan.... semuanya adalah tarbiah untuk diriku... ada yang manis menanti selepas bermulanya yang pada pahit... Moga pencarian ku ini berhasil.... Moga Dia menerima.... ....zizu_m....(1257am....mei 5,2011)

27 April 2011

Pelajar sekolah,Institut Pengajian Tinggi(IPT) tidak memahami makna Al-Fatihah...

Kuala Lumpur: Profesor Emeritus,Datuk Dr. Ishak Harun, tokoh akademik dari fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) mendedahkan kajian yang mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi(IPT) masih tidak memahami erti bacaan Al-Fatihah dalam solat mereka. Kajian menunjukkan lebih 80% pelajar tinggkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan Al-Fatihah. Perkembangan itu membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan Al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekaligus memberi kesan ke arah pembentukan Muslim yang di tuntut agama.

....TERJEMAHAN SURAH AL-FATIHAH....

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah Al-Fatihah juga dikenali sebagai 'Ummul kitab' atau 'Ummul Quran' yang bermaksud, induk kitab atau induk Al-Quran Al-Fatihah, surah yang mempunyai fadilat yang cukup besar dan disebabkan itu surah Al-Fatihah menjadi salah satu rukun sembahyang. Al-Fatihah juga merupakan Ruhnya Al Qur`an karana di dalamnya terkumpul macam-macam pujian, sifat-sifat yang tinggi bagi Allah subhanahu wa ta'ala, penetapan tentang kerajaan dan kekuasaan-Nya, adanya hari kiamat dan hari pembalasan, demikian pula ibadah serta niat. Terkandung pula di dalamnya macam-macam Tauhid dan beban syariat. Juga mengandungi doa yang paling utama dan permintaan yang paling mulia, yaitu permintaan agar selamat dari jalannya orang-orang yang menentang dan yang sesat menuju jalannya orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang mengamalkan ilmunya.Mereka yang meninggalkan surah tersebut, maka tidak sahlah solat yang dilakukan. Dalam sehari, sekurang-kurangnya, surah Al-Fatihah dibaca sebanyak 17 kali bagi melengkapi solat lima waktu yang difardhukan. Al-Fatihah, merupakan surah yang pertama yang diurunkan dengan lengkap. Hal ini dikuatkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah rodhiyallahu 'anhu secara marfu' (sampai pada Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam):-

"Tidak diberi pahala shalat (seseorang) yang tidak membaca Ummul Qur`an (Al Fatihah)."

Pendapat ulama tentang surah Al-Fatihah:-

1. Surah Al-Fatihah sunat dibaca ketika masuk dan keluar masjid.

2. Pahala bagi orang yang membaca surah Al-Fatihah ibarat pahala orang yang membaca dua pertiga dari al-Quran.

3. Bagi anak yang menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia dan tersenarai sebagai ahli neraka, bacaan anak tersebut dapat menghindarkan mereka dari seksaan api neraka selama 40 hari.

4. Secebis kisah menceritakan perihal Rasulullah s.a.w. tatkala berjalan-jalan bersama sahabat yang bernama Abi Zaid, mereka terdengar seseorang sedang membaca surah Al-Fatihah. Lantas baginda berkata, "Kita berhenti dan dengar bacaannya sehingga selesai".

Hadis Rasulullah berkaitan Al-Fatihah:-

1. 'Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar bagi racun'

2. 'Apabila selesai imam membaca Al-Fatihah, hendalah kamu mengucapkan perkataan 'Amin', nescaya permintaan kamu diperkenankan.'

3. 'Bagi mereka yang mengunjungi sesuatu tempat lantas mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surah hingga akhirnya, mereka akan memperoleh ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah.

4. 'Bagi sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas ketika pulang kerumah, nescaya terhindar dari kefakiran dan kepapaan serta mendapat kebajikan di rumahnya.'

KEISTIMEWAAN SURAH AL-FATIHAH:- 1. AL-fatihah surah yang paling besar dalam Al-Quran
  • Diriwayatkan oleh Iman Ahmad bin Muhammad bin Hambal r.a., katanya, menyampaikan akan kami Yahya bin Said dari Syuibah, yang menerima khabar ini dari Hubaib bin Abdirrahman, dari Hafizhbin 'Ashim, dari Abu Said al-Ma'alli r.a., katanya 'Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w..Aku tidak dapat menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku didatangi baginda lalu berkata, "Kenapa engkau tidak segera mendatangi ku?" Aku menjawab, 'Aku dalam solat wahai Rasulullah. 'Berkata Rasulullah, "Bukankah Allah sudah berfirman, Hai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu. "Kata Baginda lagi, "Aku akan mengajarkan kepada mu sebesar-besar surah di dalam Al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid ini. "Ketika rasulullah keluar dari masjid, Baginda memegang tangan ku, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah, engkau mengatakan mahu mengajarkan kepada ku sebesar-besar surah di dalam Al-Quran. "Berkata Rasulullah, "Ya iaitu Alhamdulillahi rabbil" aalamin( dan ayat seterusnya),tujuh ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Quran al-Azhim yang telah disampaikan kepada ku.'---Riwayat al-Bukhari,Abu Dawud, an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Waqidi dari berbagai sumber.
2. Membaca Al-Fatihah seolah-olah membaca kitab Taurat,Injil, dan Zabur
  • Diriwayatkan dari Ali bin Abu Talib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., berkata, "Sesiapa yang membaca Fatihatul-Kitab (Al-Fatihah), maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil, zabur dan al-furqan (al-Quran.)"
3. Diturunkan hanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Diriwayatkan oleh Muslim dan an-Nasa'i dari hadis Abul Ahwash, Salam bin Salim dari 'Ammar bin Zuraiq, dari Abdullah bin Isa bin Abdirrahman bin Abu Laila dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas r.a. katanya, "Pada suatu hari Rasulullah mendengar suatu hari rasulullah s.a.w. duduk bersama Jibril. Tiba-tiba Rasulullah mendengar suatu bunyi dari atas. Jibril menoleh ke atas, kemudian berkata, 'Itu sebuah pintu, sudah terbuka di langit, dan tak pernah pintu itu turun malaikat, lantas menuju kepada Rasulullah, dan berkata, "Bergembiralah engkau (Muhammad) mendapat dua cahaya yang aku bawakan ini, yang tidak pernah kedua-dua cahaya itu ialah Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat di akhir Surah al-Baqarah, setiap huruf engkau baca dari kedua-duanya pasti engkau mendapatnya."
4. Allah menjawab setiap bacaan dari surah Al-Fatihah ...kredit untuk Majalah Islam Kontemporari...(AL-ISLAM edisi April 2011)...

25 April 2011

Allah memberi ganti yang lebih baik ....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.....
Jangan takut pada musibah yang menimpa diri kita dan jangan lalai terhadap kesenangan yang dikurniakan. Jangan sedih yang berlebihan bila diri kita ditimpa kemalangan dan jangan terlalu gembira bila mendapat nikmat kerana kita tidak tahu apa yang sedang menanti kita selepas ini. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pemurah. Dia mengajar kita untuk bersabar sehingga beban penderitaan kita menjadi berkurangan. Yakinlah diri kita pada ketentuan-Nya dan bersabarlah dan bersyukurlah atas nikmat dan ujian yang melanda diri kita. Dia YA RABB menggantikan kehilangan sesuatu keatas diri kita yang disayangi berupa dugaan atas kesihatan, harta benda, kehilangan nyawa orang tersayang dan sebagainya digantikan untuk kita keampunan dosa-dosa dan diangkatnya darjat kita. Maha Pengasihnya Ya Allah.....Kadang diri yang terlalu hina sering kali merintih dan mengeluh atas musibah yang melanda diri... Allah juga menggantikan yang lebih baik didunia ini, asalkan kita mengucapkan "Inna Lillah" dan memohon penggantian yang lebih baik dari-Nya. Pernah diamalkan oleh Ummu Salamah......Disebutkan dalam Sahih Muslim hadis dari Ummu Salamah yang berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
HADIS.... "Tidaklah seorang Muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, Inna lillahi wa inna ilaihiraajiun. Ya Allah, berilah pahala atas musibahku dan berilah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. Melainkan Allah memberinya ganti yang lebih baik daripad musibah yang menimpanya. "Ummu Salamah berkata, "Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku berkata, "Adakah kaum Muslimin yang lebih baik dari Abu Salamah? Dia adalah keluarga pertama yang hijrah kepada Rasulullah SAW, kemudian aku mengucapkan doa di atas lalu Allah memberi ganti untukku berupa Rasul-Nya. Rasulullah SAW mengutus Hathib bin Abu Balta'ah untuk melamarku untuk beliau. Aku mempunyai anak perempuan dan aku adalah wanita pencemburu. Beliau bersabda, "adapun anak perempuannya, maka aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah mencukupinya(Ummu Salamah) dengannya dan aku berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkan sifat cemburu. Kemudian aku bernikah dengan Rasulullah SAW." (Hadis Riwayat Muslim).... .......sumber : "BILA ALLAH MENDUGA KITA"KArya SYED ALWI ALATAS.......

19 April 2011

Doa agar menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.....

Orang yang bertaqwa kepada Allah akan dilepaskan daripada masalah hidup dan mendapat rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Allah penolong bagi orang-orang yang bertaqwa. Bila anda juga menyimpan hasrat untuk BERTAQWA, bisikkan doa ini selalu, sesungguhnya ALLAH SWT Maha Memperkenankan doa setiap hamba-NYA yang memohon kepada-NYA dengan tulus..... Ini doanya...................
"Tuhan, aku hamba-Mu yang berdosa. Kemaafan-Mu ku pinta dan keampunan-Mu kuharapkan. Tuhan,aku hamba-Mu yang dhaif. Kuatkan aku dengan iman dan cantikkan aku dengan taqwa. Tuhan, Engkaulah matlamat hidupku. Keredhaan-Mu yang ku harapkan. Berikan aku rasa cinta pada-Mu dan kenal dengan-Mu."

16 April 2011

sendu itu penawar.....

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T ATAS NIKMAT UMUR DAN KESIHATAN YANG DIBERIKAN.... Dalam meneruskan sebuah perjalanan hidup kadang-kala ada resah menjenguk tasik hati. Mengapa kesedihan seringkali bertandang di hati yang tiada sebab dan alasan... semuanya konkrit untuk dijelaskan. Inikah makna sebuah pengembraan dalam kehidupan. Bisakah air mata menjelaskah segalanya. Terlalu memikirkan. Buangkan keresahn itu, pasakkan ketabahan dalam diri agar terbuka segala kesusutan dijiwa. Berserah dan mohonlah pertolongan kepada-Nya. Biarlah air mata ini gugur kerana takutkan Allah, tatkala diri mu resah panjatkan rasa itu pada-Nya,sesungguhnya hanya DIA lah cinta yang sejati dan lebih mengetahui segala sesuatu keatas dirimu.....Usah bersedih sangat, simpanlah air mata mu itu untuk muhasabah pada diri atas segala kesalahan dan keterlanjuran sepanjang menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya yang seringkali khilaf.....Berdoa, berusaha dan bertawakallah....bulatkan hatimu atas pekerkaan yang ingin dirimu raih.....Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui segalanya.....
Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

06 April 2011

"Pesan untuk saudara Muslim dan Muslimah"

Duhai BUNGA-BUNGA yang mekar di halaman Bonda Tatkala pintu hatimu di ketuk Sang Kumbang idaman ada getar disitu..... Jangalah dirimu Bunga yang Mekar itu terus melatah riang Bimbang pula hilang sudah serinya nanti.... Jadikan iman sebagai benteng kepada hati Tak takutkah kamu pada azab dan janji yang Allah S.W.T berikan, berupa siksaan dan balasan perit disana kelak....Naduzubillah....takut mengenagkan itu semua... sesungguhnya wanita itu adalah senjata syaitan... jadi jauhilah kita dari menjadi alat untuk membawa kepada kemudaratan....moga Allah melindungi kita dari godaan berupa nafsu yang menyesatkan keimanan...Aminnn... Sesungguhnya tipu daya syaitan itu terlalu sulit, kadang boleh meruntuhkan iman ahli agama... Janji si Syaitan adalah untuk meruntukan iman dan nilai-nilai mulia anak cucu Nabi Adam dan Hawa agar terjerumus ke lembah neraka dan kemaksiatan.... Tatkala Sang "Bunga" MUSLIMAH ayu sibuk riang berpeleseran dengan "Kumbang Idaman" Syaitan di sana bersorak meraikan kemenangan menyesatkan dan menundukkan nafsu hamba-hamba yang lemah jiwanya pada godaan duniawi...... Insaflah duhai "Bunga dan Kumbang" idaman yang dulunya dirimu diciptakan dengan sebaik-baiknya kejadian dan ciptaan oleh yang Maha Esa....Takutlah akan masa hari kebangkitan kelak!!!
Percayalah pada janji Allah yang terkandung di Luhmaffuz-Nya bahawa,
....LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK WANITA YANG BAIK.....(pada agamanya, patuh pada suruhan dan meninggalkan larangan-Nya, beriman dan beramal soleh,anak yang baik dan isteri yang solehah dan selanjutnya ) dan,
dari Abdullah bin Amr r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "DUNIA INI ADALAH PERHIASAN/KESENANGAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN/KESENANGAN ADALAH WANITA YANG SHALIHAH.(HR.Muslim,Nasa'i, ibnu Majah dan Ahmad)
Sesungguhnya cinta yang dicari dari diri seorang wanita adalah sesuatu pengaruh yang terbit dari dalam jiwa dengan segala kemuliaan dan mempunyai harga diri, dapat menjaga diri, suci, bersih, dan membuat kehidupan lebih tinggi di atas egonya.Oleh itu tuangkanlah dan didalam dada dan hatimu dengan cinta dan kasih sayang serta tanamkanlah kemuliaan wanita muslimah seperti jiwamu yang penuh dengan kebaikan....(pesan ini untuk diri saya juga yang kadang lalai :).Sesungguhnya janji Allah itu pasti....Raihlah kasih dan cinta dari ILLAHI sesungguhnya dia adalah pemilik Yang Maha Agung.....
ALLAH TELAH MENCIPTAKAN WANITA SEBAGAI PERHIASAN DAN BAHKAN PERHIASAN TERBESAR DUNIA INI, NAMUN SEKALIGUS MERUPAKAN FITNAH TERBESAR DI DUNIA INI YANG PERNAH DICIPTAKAN ALLAH BAGI KAUM LAKI-LAKI.
PERHIASAN JIWA, ITULAH YANG LEBIH UTAMA. IAITU SIFAT-SIFAT DAN BUDI PEKERTI YANG DIAJARKANISLAM, YANG DIAWALI DENGAN SIFAT KEIMANAN.....
Sebagaimana firman Allah, yang bermaksud "Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kedurhakaan."(Al-Hujaraat:7)
........tepuklah dada dan tanyalah IMAN........InsyaAllah moga Allah sentiasa melindungi hambanya yang sentiasa berada dijalan-Nya.....
.....Cinta itu lumrah pada setiap jiwa yang bergelar manusia Tetapi cinta itu akan indah jika hadir bersama Redho dari ILLAHI.....
...zizu-m...

29 March 2011

April Fool......

Fenomena sambutan april fool dan hari velentine day atau hari kekasih yang di sambut oleh segelintir golongan muda-mudi khususnya yang beragama islam adalah sebenarnya salah disisi islam, apa lagi setelah kita mengetahui sejarah sebenar yang terlindung disebalik tercatatnya peristiwa ini . Ianya sama sekali bertentangan dengan hukum islam malah boleh membawa kepada kemudaratan kepada diri kita sendiri khususnya masyarakat yang beragama Islam. Kesucian agama islam akan tercemar dek ikutan budaya sambutan april fool ini yang sebenarnya membawa kepada kerosakan dan bertentangan dengan hukum syarak dan akidah....cuba kita ikuti sejarah di sebalik peristiwa april fool ini moga menjadi perubahan dan pengajajar kepada kita bersama....
Menurut sejarah, Fool?s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak. Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool?s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humordan gurauan. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak. Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain. Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool?s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.
Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab "Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka). Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dipetik dari, UstazMelaka.net
Sumber: Majalah Sinar Rohani

25 March 2011

Assalamualaikum....Resah rasa hati untuk menjenguk hari-hari esok.Kadang hati memujuk agar tetap sabar menghadapi nya. Sesungguhnya aku yakin diri ini bukan keseorangan. Setiap denyut nadi dan hembusan nafas adalah bersama-Nya dan hanya milik-Nya.YA Rahman Ya Rahim....sesungguhnya diri ini terlalu banyak meminta kepada Mu dan kadang tidak menghargai sesuatu yang diberikan di depan mata...Peliharalah hamba ini dalam keredhoan-MU....Izinkan untuk ku bina cita-cita ini agar bisa ku bangkit pada makna sebuah kehidupan dan mencari keikhlasan pada hati...Sesungguhnya aku rindu pada sebuah kejayaan yang hakiki bersama tercapainya cita-cita dalam kesederhanaa dengan izin dan keredhoan dari-MU...Moga dipermudahkan segalanya....Sesungguhnya Engkau Maha mendengar dan mengetahuai ...INSYAALLAH...Aminnn Ya ALLAH
Dari Ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: "Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)". Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau". (Riwayat Al-Bukhari)
Anda perlu bergerak, bukan beralasan. Bagaimana pun benar dan valid alasan Anda, tetapi tidak akan menggerakan Anda ke ketujuan. Segala sesuatu ada konsekuensi. ...Ingin sukses, maka konsekuensinya adalah berusaha. Termasuk, jika ada halangan di depan Anda. Singkirkan halangan itu, dan bergeraklah. by Rahmat Mr. Power

17 March 2011

Muhasabah pada sebuah persahabatan

Tiada ungkapan amarah dalam ikatan sebuah persahabatan....walaupun hilang dari bertegur sapa tapi persahabatan tetap hadir pada doa dan ingatan pada jiwa. Harga sebuah ikatan itu tiada ganti dan tiada bayaran...terlalu indah...sifat insan yang lemah kadang bisa menyimpul satu keputusan yang tidak ingin di buat oleh hati, namun dek kata-kata rasuk mudah sangat menghukum nilai sebuah persahabatan. Berkata bukan maksud menghukum,tapi untuk ukhwah sebuah persahabatan atas dasar nasihat menasihati kerana kasihnya pada sahabat. Dalam erti kata sebuah persahabatan akan dihujani dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis, suka dan duka,ketawa dan pujukan.pelbagai emosi berbaur antara kasih dan mengasihi. Semuanya bisa mendidik kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Sahabat sejati ibarat taman yang mewangi, dari jauh sudah terasa betapa akrab sebuah persahabatan walau tanpa bertemu muka.
...SAHABAT YANG BERIMAN IBARAT MATAHARI YANG MENYINARI SEMESTA ALAM, SAHABAT YANG SETIA IBARAT WANGIAN YANG MENGHARUMKAN SI PEMAKAI, SAHABAT SEJATI PENDORONG IMPIAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN, SAHABAT BERHATI MULIA IBARAT PENYULUH MEMBAWA KE JALAN ALLAH...
Sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan tanpa sedar atau tidak. Memberi masa kepada diri sendiri dan bermuhasabah lebih baik jika ada sedikit perselisihan berlaku pada sebuah persahabatan. Kadang-kala diam sekejap lebih baik kerna bimbang terucap kilaf pula. Diam bukan bererti marah tetapi cuba mencari sisi yang lebih baik untuk memperbaiki hubungan persahabatan yang keruh. Lumrahnya dalam persahabatan ada perselisihan faham. Berbincang dan bersabar bisa mengembalikan keindahan sebuah persahabatan.
"pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan sebuah persahabatan"...dengan nilai Ukhwwah kerana Allah ukhwwah Fillah.
moga persahabatan yang terjalin akan terus kekal seperti untaian tasbih yang ada awal tetapi tiada penghujungnya...INSYAALLAH...moga kita senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya....
...zizu_m...
rujukan tambahan daripada http://iluvislam.com/ Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

11 March 2011

Memberi atau menerima....

Assalamualaikum....:) Hari nie cuba nak buat entry yang ringkas tapi masih hal yang berkaitan dengan kehidupan kita. Saya cuba melalui madah dan puisi....

Dengan kasih sayang-Nya aku ada

Dan pada kasih sayang-Nya jua aku sandarkan harapan....

Pada Yang Agung Yang Maha Satu....Maha Esa...

Fitrahnya insan...MENGHARAP, MEMINTA DAN MEMBERI...........

Dan harapan itu ingin di kotakan........

Meminta pada yang memberi,

Memberi pada yang menerima,

Berharap pada yang mengharap,

NAMUN.........

Ikhlaskah hati pada yang memberi,

Jujurkah jiwa pada yang menerima, DAN

Tuluskah jasad pada yang mengharap........

DAN.........

Dengan Kasih Sayang-Nya jua aku ada dan memiliki.....

...by Mazura Mahmud..(zizu_m)...

23 February 2011

petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

Petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.

22 February 2011

Mentor musim ke-5 bermula........layan....

Program Mentor mempunyai satu objektif iaitu melahirkan bakat baru, program ini terkenal dengan memfokuskan kepada kekuatan vokal protege-protege yang bertanding....

Berikut adalah tarikh dan tempat sesi ujibakat mentor 5 TV3:

  • 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  • 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
  • 15 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Afdlin Shauki)
  • 16 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Erra Fazira)
  • 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)
  • 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)
  • 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)
  • 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)
Mentor-mentor yang terlibat juga dari nama-nama besar dalam industri seni tanah air....

1. Sharifah Aini

2. Erra Fazira

3. Afdlin Shauki

4. Rahim Maarof

5. Edry Abdul Halim

6. Noh Hujan

Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/12/mentor-musim-kelimake-5-senarai-mentor-tempat-tarikh-ujibakat.html#ixzz1CuXZMjTE

20 February 2011

Insani....

...insani...
ASSALAMUALAIKUM....W.b.t Hati terdetik untuk mencoret kata...sesungguhnya aku terlalu lemah pada sebuah penghidupan... Seorang insan yang bergelar Hawa begitu mudah tersentuh dengan sedikit kata-kata yang sedikit kasar, amat takut untuk memerangi perasaan dalam diri. Kadang kala pena yang menulis begitu mentafsir apa yang sedang bermain pada hati dan perasaan.....mata pena yang mencoret bisa merungkai seribu kesulitan yang membuku pada hati.... Begitu besar anugerah HATI yang ALLAH S.W.T kurniakan pada setiap hamba-Nya... Kadang kala kita bertanya mengapa wanita itu senang untuk menangis....susahkan untuk mentafsir dan memberikan jawapan?....Sesungguhnya ALLAH telah kurniakan wanita dengan sifat lemah lembut bukan untuk di pelekehkah, tetapi kelembutannya bisa meneduhkan rasa amarah dalam diri, kelembutanya ada pada hatinya,.... masa tengah membelek-belek selonggok naskah Mastika saya terbaca satu artikel yang cukup menyentuh hati berkaitan dengah kisah hawa...maksudnya seorang wanita,Ibu.....
Ini ceritanya....
Ibu kenapa menangis? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut anak. "kerana seorang wanita,"jawab ibu sambil mengesat air matanya. Apa maksud ibu? si anak, bertanya lagi. Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembes, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat lalu berkata "Anakku, kau memang tak kan faham...".Kemudian anak itu pula bertanya kepada ayahnya: Ayah kenapa ibu mudah menangis?". "Semua wanita memang mudah menangis," hanya itu jawapan yang mampu diberikan....
Masa berlalu...si anak membesar dan menjadi dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?. Sampai waktunya si ibu di panggil pulang kerahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpi. Didalam mimpi itu, si ibu memimpin si anak sambil berkata: Anakku....Allah telah ciptakan wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa. "Kepada wanit juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah.
"Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai hati dan perasaannya. "Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi. "Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.
"Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan sukadan dukanya. "Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, disitulah perasaannya berderai; duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.
"Air mata wanita adalah air mata kehidupan," Tiba-tiba si anak terjaga. Barlah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita..... ...."INGATLAH DALAM HATI SETIAP WANITA, ALLAH S.W.T TELAH TETAPKAN PERASAAN KASIH SAYANG DAN PEKA UNTUK MENCINTAI ANAK-ANAKNYA"......