KETERANGANNYA...
Memamng benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat islam pada hari ini mengambarkan kebenaran itu. Umat islam walaupunmempunyai bilangan yang banyak iaitu 1,000juta (1/5 penduduk dunia ), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa lain. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, kekalahankaum muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin iyu sendiri, iaitu dari penyakit "wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhildan tidak mahu mendermakan hartadijalan Allah s.w.t. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhiratdan tidak ada perasaan untuk berkorbandengan diri dan jiwadalam memperjuangkan agam Allah s.w.t...
INFO...diambil daripada majalah NUR edisi Mei 2010...
No comments:
Post a Comment