Followers

26 May 2011

Kisah Anak Yang Soleh

Kisah anak yang soleh Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini? kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. ______________________________
....Sumbangan.....
  • Mazelan Abas

Fuzail dengan Khalifah Harun ar-Rasyid

  • Peribadi Abu Ali al-Fuzail bin At-Talaqani...
Abu Ali al-Fuzail bin Iyaz at-Talaqani dilahirkan di Khurasan. Diriwayatkan bahawa sewaktu meningkat remaja, Fuzail adalah seorang pencuri. Setelah bertaubat, Fuzail pergi ke Kufah kemudian ke Makkah, di mana ia tinggal beberapa tahun lamanya hingga wafatnya pada tahun 187H/803M. Nama Fuzail cukup terkenal sebagai seorang ahli hadis, dan keberaniannya berdakwah kepada Harun ar-Rasyid menjadi sebutan orang.
  • Fuzail dengan Khalifah Harun ar-Rasyid...
Pada suatu malam, Harun ar-Rasyid memanggil Fazl Barmesid, salah seorang di antara pengawal kesayangannya. Harun ar-Rasyid berkata kepada Fazl: Malam ini bawalah aku kepada yang boleh menunjukkan kapadaku siapakah aku ini sebenarnya. Aku telah jemu dengan segala kebesaran dan kebanggaan. Fazl membawa Harun ar-Rasyid ke rumah Sufyan al-Uyaina. Mereka mengetuk pintu dan dari dalam Sufyan menyahut: Siapakah itu? Pemimpin kaum Muslimin, jawab Fazl. Sufyan berkata: Mengapa sultan mahu menyusahkan diri. Mengapa tidak diberitahu sahaja padaku sehingga aku datang sendiri menemuinya? Mendengar ucapan tersebut Harun ar-Rasyid berkata: Ia bukan orang yang kucari. Ia pun mengagungkanku seperti orang lain. Jika demikian, Fuzail bin Iyaz adalah orang yang engkau cari. Pergilah kepadanya. Kemudian Sufyan membacakan ayat: Apakah orang-orang yang perbuat aniaya menyangka bahawa Kami akan menyamakan mereka dengan orang-orang yang beriman serti melakukan perbuatan-perbuatan yang soleh? Harun ar-Rasyid mengatakan: Seandainya aku menginginkan nasihat-nasihat yang baik nescaya ayat itu telah mencukupi. Kemudian mereka mengetuk pintu rumah Fuzail. Dari dalam Fuzail bertanya: Siapakah itu? Pemimpin kaum Muslimin, jawab Fazl. Apakah urusannya dengan aku dan apakah urusanku dengan dia? tanya Fuzail. Bukankah suatu kewajipan untuk mematuhi orang yang memegang kuasa? sela Fazl. Jangan kamu menggangguku, seru Fuzail. Perlukah aku menolak pintu dengan kekuasaanku sendiri atau dengan perintah sultan? tanya Fazl. Tidak ada sesuatu hal yang disebut kekuasaan, jawab Fuzail. Jika engkau secara paksa menceroboh masuk, engkau tahu apa yang engkau lakukan. Harun ar-Rasyid melangkah masuk, Begitu Harun menghampirinya, Fuzail meniup lampu sehingga padam agar ia tidak dapat melihat wajah sultan. Harun ar-Rasyid menghulurkan tangannya dan disambut oleh tangan Fuzail yang kemudian berkata: Betapa lembut dan halus tangan ini! Semoga tangan ini terhindar dari api neraka! Setelah berkata demikian Fuzail berdiri dan berdoa. Harun ar-Rasyid meresa hatinya sangat tersentuh dan tidak dapat menahan tangisannya. Katakanlah sesuatu kepadaku, Harun bermohon kepada Fuzail. Fuzail mengucapkan salam kepadanya dan berkata: Sebelum ini, bapa saudara Nabi Muhammad, pernah meminta kepada beliau: Jadikanlah aku pemimpin bagi sebahagian umat manusia. Nabi menjawab: Pak cik, untuk sesaat aku pernah mengangkatmu menjadi pemimpim dirimu sendiri. Dengan jawapan ini yang dimaksudkan Nabi adalah: Sesaat mematuhi Allah adalah lebih baik daripada seribu tahun dipatuhi oleh manusia. Kemudian Nabi menambah lagi: Kepimpinan akan menjadi penyesalan pada hari kebangkitan nanti. Ceritakanlah, Harun ar-Rasyid meminta. Ketika diangkat menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz memanggil Salim bin Abdullah, Raja bin Hayat, dan Muhammad bin Kaab. Umar berkata kepada mereka: Hatiku sangat gelisah kerana ujian ini. Apakah yang harus kulakukan? Aku tahu bahawa kedudukan yang tinggi ini adalah satu ujian walaupun orang-orang lain menganggapnya sebagai satu kurnia. Salah seorang di antara ketiga sahabat Umar itu berkata: Jika engkau ingin terlepas dari hukuman Allah di akhirat nanti, pandanglah setiap Muslim yang lanjut usia sebagai ayahmu sendiri, setiap Muslim yang masih kanak-kanak sebagai anakmu sendiri, dan perlakukanlah mereka sebagaimana seharusnya seorang memperlakukan ayahnya, saudaranya dan anak-anaknya. Ceritalah lagi, Harun ar-Rasyid meminta. Anggaplah negeri Islam sebagai rumahmu sendiri dan penduduknya sebagai keluargamu sendiri. Ziarahilah ayahmu, hormatilah saudaramu dan bersikap baiklah kepada anakmu. Aku sayangkan jika wajahmu yang tampan ini akan terbakar hangus di dalam neraka. Takutilah Allah dan taatilah perintah-perintah-Nya. Berhati-hatilah dan bersikaplah secara bijaksana, kerana pada hari Akhirat nanti Allah akan meminta apa yang dipertanggungjawabkan olehmu sehubungan dengan setiap Muslim dan Dia akan memeriksa apakah engkau telah berlaku adil kepada setiap orang. Apabila ada seorang wanita uzur yang tertidur dalam keadaan lapar, di hari Akhirat nanti ia akan menarik pakaianmu dan akan memberikan kesaksian yang akan memberatkan dirimu. Harun ar-Rasyid menangis dengan sangat kuatnya sehingga nampak ia akan jatuh pengsan. Melihat hal ini wazir Fazl menyentak Fuzail: Cukup! Engkau telah membunuh pemimpin kaum Muslimin. Diamlah Hamam! Engkau dan orang-orang yang engkau inilah yang telah menjerumuskan dirinya, kemudian engkau katakan aku yang membunuhnya. Apakah yang kulakukan ini suatu pembunuhan? Mendengar kata-kata Fuzail ini tangisan Harun ar-Rasyid semakin menjadi-jadi. Ia menyebutmu Hamam, kata Harun ar-Rasyid memandang Fazl. Kerana ia menyamakan diriku dengan Firaun. Kemudian Harun bertanya kepada Fuzail: Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan? Ya, jawab Fuzail. hutang kepatuhan kepada Allah. Seandainya Dia memaksaku untuk menjelaskan hutang ini celakalah aku! Yang kumaksudkan adalah hutang kepada manusia, Fuzail, Harun menegaskan. Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepadaku sedemikian banyaknya rezeki sehingga tidak ada keluh-kedah yang harus kusampaikan kepada hamba-hamba-Nya. Kemudian Harun ar-Rasyid menaruh sebuah bekas yang berisi seribu dinar di hadapan Fuzail sambil berkata: Ini adalah wang halal yang diwariskan oleh ibuku. Tetapi Fuzail mengutuknya: Wahai pemimpim kaum Muslimin, nasihat-nasihat yang kusampaikan kepadamu ternyata tidak ada faedahnya. Bahkan engkau telah memulakan lagi perbuatan salah dan mengulangi kezaliman. Apakah perbuatan yang salah telah kulakukan? tanya Harun ar-Rasyid. Aku menyerumu ke jalan keselamatan tetapi engkau menjerumuskan aku ke dalam godaan. Bukankah hal itu suatu kesalahan? Telah kukatakan kepadamu, kembalikanlah segala sesuatu yang ada padamu kepada pemiliknya yang berhak. Tetapi engkau memberikannya kepada yang tidak patut menerimanya. Aku memberi nasihat kepadamu tanpa mengenakan sedirham pun. Setelah berkata demikian, Fuzail berdiri dan melemparkan wang-wang emas itu keluar. Benar-benar seorang manusia yang hebat! Harun ar-Rasyid berkata ketika ia meninggalkan rumah Fuzail. Sesungguhnya Fuzail adalah seorang raja bagi umat manusia. Ia sangat alim dan dunia ini terlalu kecil pada pandangannya. ...sumbangan...
  • Mazelan Abas

25 May 2011

Kata yang tak terucap

Assalamualaikum...w.b.t....
Berkata-kata memang sudah tabiat azali manusia. Pada maksud menyampaikan sesuatu, meluahkan perasaan, berkongsi cerita, dan inti-inti yang punya maksud tersurat dan tersirat. Namun kadang-kadang kata-kata itu mati pada benak fikiranku sendiri. Tidak bisa dilontarkan dengan bicara, seusai itu ia menjadi begitu diam. Sungguh kadang aku terlalu pasif berkongsi kata-kata dan berbicara dengan dunia-dunia ini. Terlalu burukkah bersikap begitu yang kadang-kadang?monolog pada diri sendiri......
Mungkin masa lalu dan persekitaran ini mengajar ku tentang sesuatu mengenai penghidupan. Kadang kata-kata itu boleh menjadi ubat penawar yang merawat diri namun ia boleh juga menguris jiwa-jiwa yang mendengarnya. Tanpa kita sedar atau tidak mungkin kita ada tersalah dalam berkata-kata yang bisa menimbulkan duka pada orang lain. Begitu berat mainan sebuah kata-kata. Namun pada sisi lain mungkin ada kata-kata yang kita tidak mampu untuk meluahkannya, sehingga ianya menjadi bekas-bekas yang tersimpan kemas di kotak minda. . Jujur ku mengakuinya, kadang kata-kata itu tidak mampu untuk dituturkan hingga tidak mungkin diluahkan dengan bicara. Ianya terkunci kemas dibibir. Kadang mata pena dan tinta kerdil juga menjadi teman yang termampu di utarakan dan di nukilkan.   Ku suka begitu, dan diulangi membelek-belek kembali naskah-naskah itu.Kadang waktu  buntu untuk berkata-kata ku koreksi diri dengan meluahkan pada DIA.Sesungguhnya rasa senang  dan tenang saat berkongsi dengan Pemilik diri ini.Lafaz itu tidak mampu diluah dengan bibir hanya bicara hati bisa merungkai segalanya dengan perantaraan-Nya dan berserah kepada-Nya. Ku senang begitu, dan ku tenang disitu, Dia Maha Mengetahuai segalanya yang tersisa dalam diri dan minda  yang menjadi rahsia diri. Ya hanya Dia mengetahu segalanya. Biar terasa keseorangan di pentas dunia ini namun yakinlah bahawa Dia senantiasa ada bersama tiap hembusan nafas dan denyut nadi ini. Dan setiap langkah yang diatur dia Maha Pelindung...Maha Besar Mu Ya ALLAH. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahuai lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....
Alhamdulillah Dia sentiasa ada pada yang sememangnya ada dan yang mengkehendaki-Nya....Dia ada....
...zizu-m...

13 May 2011

Dialog Iblis Dan Rasulullah s.a.w Iblis Musuh Yang Nyata...

Iblis merupakan satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli ibadah, menjadi ketua kepada Malaikat dan Jin. Apabila Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s dan memerintahkan semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam a.s., Iblis engkar dan tak nak sujud. Iblis telah di murkai dan di laknati oleh Allah s.w.t. Atas kejadian tersebut Iblis telah minta tangguh umurnya sehingga hari Qiamat dan berjanji untuk menyesatkan seluruh anak cucu Nabi Adam a.s. dengan segala cara dan tipu dayanya. Iblis berjanji di depan Allah s.w.t untuk menyesatkan keseluruhan umat manusia kecuali mereka2 yang IKHLAS kerana Allah s.w.t. Untuk itu kita perlu waspada mengenai hasutan, pelan tindakkan, strategi penyesatan, dan permainan Iblis dan rakan-rakannya. Kita tahu kita tidak boleh nampak Iblis dan Iblis boleh nampak kita dan boleh mengalir di salur darah kita. Kita tahu Iblis ini memang pandai dalam bab Ilmu Agama dan juga Ilmu2 yang lain. Ia lebih mahir dan lebih tahu perihal manusia itu. Setiap manusia yang lahir akan ada bersamanya Iblis yang memerhati setiap gerak geri dari kecil sehingga mati. Iblis ini mencari masa yang sesuai untuk menyesatkan manusia. Jika orang itu warak dan alim maka akan di sesatkan dengan kewarakan dan kealimannya. Jika orang itu berilmu maka dia akan memaniskan ilmunya untuk lebih berilmu dan mula lupakan tuhan. Jika orang itu meminati perkara yang samar maka ia akan menjelaskan dan mengatakan yang samar itulah yang benar. TUJUAN IBLIS : Ialah untuk MENYESATKAN umat manusia dan MEMBELAKANGKAN ALLAH s.w.t di dalam kehidupan supaya sama-sama menyertai Iblis. Untuk itu marilah kita kenali Iblis melalui Dialog antara Rasulullah s.a.w dengan Iblis untuk kita semua lebih peka akan tindak-tanduk Iblis dalam kehidupan kita. Semoga kita semua di beri Rahmat dan Pentujuk untuk menjadi hamba yang benar-benar Ikhlas kepada Allah s.w.t. Dialog Iblis Dan Rasulullah s.a.w Iblis Musuh Yang Nyata Dari Muadz bin Jabal, dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. Rasulullah saw bersabda: Tahukah kalian siapa yang memanggil? Kami menjawab: Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu. Rasulullah melanjutkan, Itu Iblis, laknat Allah bersamanya. Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata:Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah. Rasulullah menahannya: Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik. Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.
Iblis berkata: Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin Rasulullah saw lalu menjawab: Salam hanya milik Allah swt, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu? Iblis menjawab: Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa. Siapa yang memaksamu?
Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin. Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak Kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh. Orang yang dibenci Iblis Rasulullah saw lalu bertannya kepada iblis: Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci? Iblis segera menjawab: Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci. Siapa selanjutnya? tanya Rasulullah saw. Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah swt. Lalu Siapa lagi? Orang alim dan wara (loyal) Lalu siapa lagi? Orang yang selalu bersuci (juga merujuk kepada orang yang tetap wudunya). Siapa lagi? Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain? Apa tanda kesabarannya? Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang orang yang sabar. Selanjutnya apa? Orang yang bersyukur Apa tanda kesukurannya ? Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya. Pandanganmu mengenai orang seperti Abu Bakar? Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam. Umar Bin Khattab ? Demi Allah, setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur (ketakutan). Usman Bin Affan? Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya. Ali Bin Abi Thalib? Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu. (Ali Bin Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah swt)
  • Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis
Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat? Aku merasa panas dingin dan gemetar. Kenapa? Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat hamba terebut. Jika seorang umatku berpuasa ? Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka. Jika ia berhaji? Aku seperti orang gila. Jika ia membaca Al-Quran? Aku merasakan diriku meleleh laksana timah di atas api Jika ia bersedekah? Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji. Mengapa bisa begitu ? Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.
  • Apa yang dapat mematahkan pinggangmu? Suara kuda perang dijalan Allah.
  • Apa yang dapat melelehkan tubuhmu? Taubat orang bertaubat (orang yang benar-benar taubatnya).
  • Apa yang dapat membakar hatimu? Istighfar diwaktu siang dan malam.
  • Apa yang dapat mencoreng (melukakan) wajahmu?
Sedekah yang diam-diam (contoh mudah ialah tangan kanan bersedekah walhal tangan kiri tidak mengetahui akan sedekah tangan kanan tersebut).
  • Apa yang dapat merusak wajahmu?
Shalat fajar.
  • Apa yang dapat memukul kepalamu?
Shalat berjamaah.
  • Apa yang paling mengganggumu?
Majlis para ulama.
  • Bagaimana cara makanmu?
Dengan tangan kiri dan jariku.
  • Dimanakah kau menaungi anak-anak mu dimusim panas?
Dibawah kuku manusia (perintah supaya memendekkan kuku). Manusia Yang Menjadi Teman Iblis Lalu Baginda Rasulullah bertanya lagi: Siapa temanmu wahai Iblis? Pemakan riba
  • Siapa sahabatmu?
Penzina
  • Siapa teman tidurmu?
Pemabuk
  • Siapa utusanmu?
Tukang sihir (juga merujuk kepada orang yang menyesatkan)
  • Apa yang membuatmu gembira?
Bersumpah dengan cerai
  • Siapa kekasihmu?
Orang yang meninggalkan Solat Jumaat
  • Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?
Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja
  • Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas
Rasullullah SAW lalu bersabda lagi: Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan ummatku dan menyengsarakanmu. Iblis segera menjawab: Tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana Kau bisa berbahagia dengan ummatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku? Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang Ikhlas (Mukhlisin).
Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?
Tidaklah Kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku. Iblis dibantu oleh 70 000 anak anaknya Iblis berkata lagi: Tahukah kamu wahai Muhammad, bahwa aku mempunyai 70 000 anak dan setiap anak memilki 70 000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjamaah. Aku juga punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus. Aku juga punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia (membangga-bangga), maka 99 daripada 100 pahalanya akan terhapus. Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya. Iblis berkata lagi: Keluarkan tanganmu, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anak ku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa akannya. Berkata lagi Iblis tersebut: Tahukah kamu wahai Muhammad? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur. Cara Iblis Menggoda Iblis menyambung ceritanya: Tahukah kamu wahai Muhammad? Dusta berasal dari diriku. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai,isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, iaitu Cerai. Iblis menyambung: Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ngulur (melambat-lambatkan) solat, Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan solatmu tidak sah. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul? Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Iapun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum iamam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai. Iblis menyambung lagi: Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku. Iblis berkata kepada Rasulullah: Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, Kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat. Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan. Wahai Muhammad, apakah engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?
10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT
Rasulullah bertanya pula kepada Iblis: Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu? 10 macam Apa saja? Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan (Qs Al Isra :64). Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan. Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai kitabku. Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. (Qs. Al Isra:27). Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, Silakan, aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. Iblis berkata lagi: Wahai Muhammad, aku tak bisa meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda, Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya. (nafi makhluk, Isbatkan Allah) Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT (QS Hud : 118 119). Juga membaca, Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata: Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tidak sesekali berbohong. Begitulah kisah mengenai Iblis, yang telah dipersaksikan kehadapan Baginda Rasulullah saw tanpa ada sedikit pun penipuan dalam percakapannya. Maha Suci Allah yang menciptakan berbagai-bagai ragam Makhluk-Nya. Hanya tinggal untuk membuat pilihan antara kita, sama ada jalan benar atau jalan sebaliknya yang hendak kita pilih dalam mendapatkan Redha Allah swt.
Sumber : 1.Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi/Darul Ilmi al Munawar asy-Syamsiyah, Madinah. 2.Mazelan Abas Sumbangan: http://automlmanda.ws

05 May 2011

mencari diri....

Assalamualaikum W.B.T.....
Hati mula berbicara terasa diri terlalu hina disisi-Nya kadang mengeluh kadang merungut terlalu banyak meminta... namun jauh disudut hati kecil ku ini terasa sepi dan kosong pada jiwa ini mungkin ku rindu sesuatu KAsih SAyang-Nya....ya kasih sayang-Nya ku rindu Layakkah ku untuk mendapatkannya begitu banyak dosa dan noda yang terpalit dalam diri ku yang serba serbi doif ini Dan sering kali khilaf.... Kadang waktu dilanda gundah baru cepat-cepat mengadu kepada Yang Maha Pengasih dan bila terasa tenang sedikit lupa sekejap pada-Nya.... Sungguh kerdil diri hamba Mu ini dihadapan Mu...Ya Rabb Ku tekad kan diri Yakin sesungguhNya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....Moga hidayah-Nya mengiringi setiap usaha dan perjalanan umur ku ini dibumi Yang Esa ini Tuhan Redho kan hamba Mu yang hina ini dalam rahmat MU Kasihi daku dalam cinta yang sejati dan abadi dari Mu.... Moga ku bisa meraih cinta yang hakiki dari Mu..... Moga pencarian ku ini ada jawapan yang jelasnya dan ada keberkatannya.... ku takut akan tersungkur lagi dipertengahan liku-liku hidup ini moga ku kuat untuk hadapi segalanya... Dalam pencarian ini ku perlu bangkit semula melempar jauh resah didada walaupun kadang waktu itu ia datang juga Namun sebagai hamba-Nya yang bersyukur ku harus tabah dan sabarkan diri menghadapi segalanya.....alunan surah-surah MU ku perdengarkan menjadi halwa buat pancainderaku yang hadir bersama kekerdilan diri ini terhapad kebesaran ayat-ayat Mu.... Terasa lapang dada mendengar ayat-ayat MU....munajat ku pada- Mu agar jiwa dan hati terang pada yang hakiki Moga setiap titik dan helus doa dan taubat bisa menjadi azimat buat hatiku.... Perjuangan ini harus ku alirkan dan harusku usahakan kerana jalan yang Engkau berikan terlalu banyak dan ada jelasnya....dan seringkali terlalu sulit untuk melewatinya....akan ku usahakan jua Bersama iringan doa dan zikir-Mu ku yakin itu...diriku tidak keseorangan.... semuanya adalah tarbiah untuk diriku... ada yang manis menanti selepas bermulanya yang pada pahit... Moga pencarian ku ini berhasil.... Moga Dia menerima.... ....zizu_m....(1257am....mei 5,2011)