Followers

04 May 2012

Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinannya...

Pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari
perkahwinannya




Anakku!......
 
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau
dibesarkan

Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu;
 

'Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai
langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan
tiangmu.
Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia
pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu
daripadanya
Dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan
engkau.
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu
sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari
padanya semasa marah.
Peliharalah hidung, telinga dan matanya Janganlah membiarkan dia
menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan
yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu
melainkan yang cantik, belaka.'



Sungguh indah pesanan ini, moga ia tersimpul kemas di dada iman InsyaAllah, buat pedoman saat itu diizikan Illahi....Aaminnn Allah ....



Wahai Manusia' Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang
biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan
mempergunakan namanya' kamu saling meminta antara satu sama lain, dan
peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu.
(Surah An-Nissa': 1)



KEBAHAGIAN BAGI ANAK ADAM
ISTERI YANG SOLEH
KENDERAAN YANG BAIK
RUMAH YANG LAPANG
Maksud Hadis Rasulullah S.A.W.
Kebahagiaan bagi anak Adam ada tiga. Dan kesengsaraan terhadap anak Adam ada tiga.
Maka di antara yang membahagiakan adalah isteri yang soleh, kenderaan yang baik
serta rumah yang lapang. Dan kesengsaraan bagi anak Adam ada tiga iaitu tempat yang
tidak baik dan isteri yang tidak baik serta kenderaan yang tidak baik."


Huraiannya:
Dari hadis Rasulullah S.A.W. yang tersebut di atas dapatlah kita
mengambil pelajaran bahawa apabila sesuatu keluarga itu mempunyai tiga
asas penting, maka ianya akan memberi kebahagiaan. Tetapi sebaliknya tanpa
kewujudan ketiga-tiga asas tersebut ataupun kurang salah satu daripadanya
maka kesengsaraanlah yang akan diperolehi. Asas-asas yang penting ini
adalah:

Isteri yang soleh
Rumah yang lapang
Kenderaan yang baik








...13 Jamaldiakhir 1433 Hijriah...