Followers

23 February 2011

petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

Petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.

22 February 2011

Mentor musim ke-5 bermula........layan....

Program Mentor mempunyai satu objektif iaitu melahirkan bakat baru, program ini terkenal dengan memfokuskan kepada kekuatan vokal protege-protege yang bertanding....

Berikut adalah tarikh dan tempat sesi ujibakat mentor 5 TV3:

  • 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  • 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
  • 15 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Afdlin Shauki)
  • 16 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Erra Fazira)
  • 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)
  • 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)
  • 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)
  • 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini)
Mentor-mentor yang terlibat juga dari nama-nama besar dalam industri seni tanah air....

1. Sharifah Aini

2. Erra Fazira

3. Afdlin Shauki

4. Rahim Maarof

5. Edry Abdul Halim

6. Noh Hujan

Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/12/mentor-musim-kelimake-5-senarai-mentor-tempat-tarikh-ujibakat.html#ixzz1CuXZMjTE

20 February 2011

Insani....

...insani...
ASSALAMUALAIKUM....W.b.t Hati terdetik untuk mencoret kata...sesungguhnya aku terlalu lemah pada sebuah penghidupan... Seorang insan yang bergelar Hawa begitu mudah tersentuh dengan sedikit kata-kata yang sedikit kasar, amat takut untuk memerangi perasaan dalam diri. Kadang kala pena yang menulis begitu mentafsir apa yang sedang bermain pada hati dan perasaan.....mata pena yang mencoret bisa merungkai seribu kesulitan yang membuku pada hati.... Begitu besar anugerah HATI yang ALLAH S.W.T kurniakan pada setiap hamba-Nya... Kadang kala kita bertanya mengapa wanita itu senang untuk menangis....susahkan untuk mentafsir dan memberikan jawapan?....Sesungguhnya ALLAH telah kurniakan wanita dengan sifat lemah lembut bukan untuk di pelekehkah, tetapi kelembutannya bisa meneduhkan rasa amarah dalam diri, kelembutanya ada pada hatinya,.... masa tengah membelek-belek selonggok naskah Mastika saya terbaca satu artikel yang cukup menyentuh hati berkaitan dengah kisah hawa...maksudnya seorang wanita,Ibu.....
Ini ceritanya....
Ibu kenapa menangis? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut anak. "kerana seorang wanita,"jawab ibu sambil mengesat air matanya. Apa maksud ibu? si anak, bertanya lagi. Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembes, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat lalu berkata "Anakku, kau memang tak kan faham...".Kemudian anak itu pula bertanya kepada ayahnya: Ayah kenapa ibu mudah menangis?". "Semua wanita memang mudah menangis," hanya itu jawapan yang mampu diberikan....
Masa berlalu...si anak membesar dan menjadi dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?. Sampai waktunya si ibu di panggil pulang kerahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu ke dalam mimpi. Didalam mimpi itu, si ibu memimpin si anak sambil berkata: Anakku....Allah telah ciptakan wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya.
Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa. "Kepada wanit juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah.
"Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai hati dan perasaannya. "Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi. "Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.
"Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan sukadan dukanya. "Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, disitulah perasaannya berderai; duka, gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.
"Air mata wanita adalah air mata kehidupan," Tiba-tiba si anak terjaga. Barlah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita..... ...."INGATLAH DALAM HATI SETIAP WANITA, ALLAH S.W.T TELAH TETAPKAN PERASAAN KASIH SAYANG DAN PEKA UNTUK MENCINTAI ANAK-ANAKNYA"......