Followers

26 March 2012

.....Istikharah Cintaku....

Bismillah'Hirohmani Rohim...
Dengan rasa penuh syukur kehadrat Allah S.w.T serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta ke atas keluarga baginda, diizinkan lagi bernafas di bumi yang Esa ini.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini.. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah & kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah & mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.

.......................................................................................................................................................................

Dengan penuh rasa rendah diri, sekeping hati ku serahkan pada pemilik yang abadi Ya Robbi.
" Sesekali tersentak hati ini kerna dalam senyum itu ada sesuatu yang hilang .Pada saat cinta itu hadir alam seakan berbisik sesuatu, membekas disudut hati. Malam itu datang lagi rasa yang sukar sekali untuk ditafsirkan. Malam itu dingin di selangi dengan gerimis membasahi bumi seakan-akan menyampaikan maksud hati yang dirundum resah. Namun ianya hadir dalam ketenangan syukur atas segala kurniaan dari Illahi. Sesekali sunyi malam mengingatkan diri pada satu wajah. Wajah yang begitu asing dalam kotak minda. Wajah itu seakan-akan menembusi seketul daging yang selama ini kujaga dan pagari dengan penuh cermat dari di pauti. Perlukah melepaskan sesuatu walaupun melupakan untuk yang sudah disayangi demi sebuah kebahagiaan buat yang lain. Ya Allah, berat hati ini mengelolakan rasa yang hadir ini. Ya Allah ku mencintai dia kerana-Mu, kerana cinta yang hadir ini adalah anugerah terindah dari-Mu untuk hamba-Mu dan juga amanah untuk ku jagai dan untuk ku semai bila saat Engkau mengizinkan saat lafaz keramat itu bisa ku dengari disaksikan oleh malaikat-Mu. Sungguh waktu itu yang ku nantikan. Saat Engaku menghalalkan buat kami kerana-Mu......Ku pasrahkan diri hanya pada-MU, kerana cinta yang ada hadir bersama-MU. Ku sujud mohon diizinkan untukku menikmati anugerah cinta yang hadir ini dalam kebersamaan-Nya. Hati kecil ku berbicara. Sekilas bayangan hadir, tanpa sedar ada tetes air jernih membasahi kedua pipiku gugur menyentuh bumi. Sukar untuk ditafsirkan saat ini. Segala rasa hadir dari-Nya.
Sungguh besar anugerah cinta yang hadir ini atas aturan-Nya, Dan pertemuan yang membenihkan ikatan rasa kasih dan cinta ini subur disudut hati dengan keimanan. Tiada rasa yang begitu besar dirasakan sebelum ini, sebesar cinta ini . Ia hadir membuahkan kasih menghidupkan sekeping hati dalam Menyuburkan keimanan, membawa kepada dekat kepada Illahi . Cinta yang yang bisa membuatkan ku menangis rindu kepada pemilik Yang Abadi, penuh rasa keinsafan dan penuh rasa kesyukuran. Cinta yang mengerakan sebuah kehidupan dan memberi rasa damai untuk dihayati.
Pada saat rasa itu datang segalanya ku adukan padanya, pada sujud itu, ku menangis mengingatinya. Hanya pada Allah segalanya diluahkan sesungguhnya Dia adalah yang berkuasa keatas diri inj. Dan hati ini adalah milik-Nya.....SEgalanya terluah saat itu. Ku pintal cinta itu dalam sekudus doa dan harapan yang suci moga dipermudahkan jalan itu. Rasa terlalu lemah, hina dan berdosa diri ini kerna terlalu mengingati wajah itu. Namun cinta ini hadir dalam kebersamaan. tidak bisa ditolak. Tiada pertemuan, hanya sekilas mengucap khabar melalui pesanan. Begitu hebat rasa itu. Perlukah ungkapan berpisah demi untuk menjaga sekeping hati ini. Demi untuk meniti hidup dalam mengharap redho dari Illahi dan jika takdir-Nya sudah tertulis Allah pasti menyatukan kembali begitu harapnya.
Ya Allah ampukan ku kadang tidak upaya untuk ku menjaga sekeping hati ini. Jika pertemuan ini membawa kepada keburukan dan menjauhkan dirinya dari-Mu kuatkan ku untuk menerima sebarang kemungkinan, jaukanlah ku dari rasa semu itu. Terlalu kerdil dirasakan diri ini untuk meminta cinta itu. "Begitu bicara hatiku".
Dan dalam kedinginan malam itu ku kembali lagi dalam sujud istikharah cintaku kepada-Nya pemberi rasa cinta ini tenggelam bersama tangisan cinta itu. Terlalu hina rasa disisi-Nya.......................
................Tuhan begitu besar anugerah cinta yang Engkau hadirkan saat ini. Tuhan belum pernah ku berikan cinta yang tulus ini untuk sesiapapun. Ku pagari kemas dengan ayat-ayat cinta-Mu. Bukan sebarangan orang akan ku serahkan cinta ini.Kerana cinta ini adalah hanya untuk seorang yang sudah halal buatku, calon Imanku .Tuhan ku mencintainya kerana cinta-Nya yang dihadirkan untuk-Mu. itu yang mengikat diri ini untuk menberi cinta ini kepadanya...............Lalu ku ingin sekali menyemai cinta ini disisinya. Izikan ku menata sejadah bersamanya menuju menggapai Cinta Agung-MU yang abadi. Tuhan ku mencintainya kerana-Mu dan kerana dia mencintai-MU, dan dia membawa cinta ini munuju kepada cinta-Mu................. .................Tuhan cinta ini hadir dari hati anugerah kurniaan-Mu. Hadirnya dia adalah dengan kasih sayang-Mu pada hamba-Mu. Semoga cinta ini biasa kekal berpanjangan dengan ikatan yang diredhoi-Mu. Hanya pada-Mu tempat ku serahkan segalanya, moga segalanya dalam keredhoaan-Mu............Sesungguhnya daripada-Mu kami datang dan pada-Mu jua tempat akan kami kembali.............
"Tuhan pada saat Engkau mengizinkan hati ini di sentuh bawalah bersama cinta-Mu memenuhi hatinya dan hatiku demi mengharap redho dari-Mu".
zizu-M
5 Jamadilawal 1433 Hijrah

24 March 2012

Kisah Wanita Dan Kubur................

....Istimewanya Muslimah.....
  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda.
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad padajalan Allah.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah diadari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknyayang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • Aisyah berkata.
Aku bertanya kepada Rasulullah: "siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita" Jawab Rasulullah: "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" JawabRasulullah: "Ibunya".
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara,malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, makabaginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginyadaripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
!!!SATU PERINGATAN!!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAk LIMA KALI;
  • 1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran
  • 2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam
  • 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • 4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  • 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah,Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
...Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;...
  • 1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
  • 2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
  • 3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
  • 4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
  • 5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
SUMBER:
  • Dunia Macam-macam (FB)

19 March 2012

Indah pada Takdir-Nya

Assalamualaikum W.B.T
Takdir....
Kata Imam Al-Ghazali, “Dunia ni ibarat seperti ular, lembut sentuhannya tetapi amat berbisa.” Tidak semua apa yang kita inginkan akan bisa kita kecapi, kerna ALLAH tak beri apa yang kita impi, tetapi ALLAH akan beri apa yang kita perlu. ...................................................................
Satu kata yang simbolik pada maksud sebuah kehidupan. Menjadi kewajipan bagi setiap yang bergelar manusia untuk beriman dengan Takdir Illahi. Itu adalah salah satu daripada rukun Iman yang wajib diimani. Setiap detik waktu, setiap atur langkah dan setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah atas takdir-Nya. Kerna tinta itu telah lama mengering dan naskahnya tersimpan kemas di Lohz Mahfuz-Nya. Setiap yang berlaku telah ditentukan ketetapannya. Baik atau sebaliknya sebagai hamba Allah yang beriman perlu menerima segalanya, kerana setiap nikmat dan musibah yang menimpa adalah tarbiah dari yang maha Esa tanda kasihnya Dia pada hambanya...Begitulah yang ada pada maksud sebuah kehidupan. Bukankah indah bila kita diuji sesuatu musibah kita bisa menjadi lebih dekat dengan Pencipta kita, Allah S.W.T. Pada-Nya kita mengadu dan berdoa agar di beri kekuatan dan di teguhkan keimanan dalam diri....Disebaliknya tersimpan seribu hikmah buat hambanya, yang redho dan sabar menerima takdir baik dan buruk dari-Nya.Sesungguhnya Segala peta itu milik-Nya, bahkan setiap hembusan nafas, setiap denyut nadi kita ini adalah anugerah dari-Nya Ya Rohman Ya Rohim.....
Firman ALLAH dalam surah al-Inshirah ayat 5-6 yang bermaksud, “Maka sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
........................................................................................................................................................................
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian... Dalam hadith qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah) Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.'' ~H.R. Bukhari dan Muslim~
.........................................................................................................................................................................
ALLAH ada berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. ALLAH Maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” .........................................................................................................................................................
Setiap aturan takdir yang ALLAH S.W.T titipkan buat kita hamba-Nya, pasti ada hikmah yang tersendiri dan tersembunyi seribu hikmah. Tidak ada yang mustahil di dunia ini. Seberat dan sesulit apa pun dugaan yang mendatang dalam kamus hidup kita, pasti akan ada jalan penyelesaian. Diibaratkan seperti hujan gerimis yang turun membasahi bumi pasti akan reda jua. Kadang-kadang dihadiahi pula sang pelangi yang indah lagi bercahaya. Begitulah juga yang ada pada maksud sebuah kehidupan. Setiap ujian yang datang adalah asam garam bagi yang bergelar Insan dalam menjali kehidupan ini yang fana. dengan. Tiap badai yang datang pasti akan berlalu pergi. Persis bagaikan malam yang gelap, pasti gantiannya adalah siang yang cerah.
26 RabiulAkhir 1433 Hijriah...... zizu_M

11 March 2012

Sabar..kelak cahaya kelapangan akan menjenguk.....(BAit Syair Iman As-Syafie) .....

Sabar menanti adanya kelapangan adalah solusi paling ampuh dalam menghadapi masalah, bukan dengan mengeluh dan berkeluh kesah.

Imam Asy Syafi’i rahimahullah pernah berkata dalam bait syair,.......................

صَبرا جَميلا ما أقرَبَ الفَرجا ... مَن رَاقَب الله في الأمور نَجَا ...

مَن صَدَق الله لَم يَنَلْه أذَى ... وَمَن رَجَاه يَكون

حَيثُ رَجَا ...

Bersabarlah yang baik, maka niscaya kelapangan itu begitu dekat.

Barangsiapa yang mendekatkan diri pada Allah untuk lepas dari kesulitan, maka ia pasti akan selamat.

Barangsiapa yang begitu yakin dengan Allah, maka ia pasti tidak merasakan penderitaan.

Barangsiapa yang selalu berharap pada-Nya, maka Allah pasti akan memberi pertolongan.

Faedah ilmu berharga dari: Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 14/ 392, Muassasah Qurthubah

Sumber:

Artikel www.rumaysho.com

Muhammad Abduh Tuasikal

...Menjalin cinta Abadi dalam Rumah Tangga...

Setiap orang yang telah berkeluarga, tentu menginginkan kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupannya bersama istri dan anak-anaknya. Hal ini sebagai perwujudan rasa cintanya kepada mereka, yang kecintaan ini merupakan fitrah yang Allah tetapkan pada jiwa setiap manusia. Allah Ta’ala berfirman,

.......................................................................................................................................

{زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ}

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)” (QS Ali ‘Imran:14).

Bersamaan dengan itu, nikmat keberadaan istri dan anak ini sekaligus juga merupakan ujian yang bisa menjerumuskan seorang hamba dalam kebinasaan. Allah mengingatkan hal ini dalam firman-Nya.

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوّاً لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ}

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka…” (QS At Taghaabun:14).

Makna “menjadi musuh bagimu” adalah melalaikan kamu dari melakukan amal shaleh dan bisa menjerumuskanmu ke dalam perbuatan maksiat kepada Allah Ta’ala.

..........................................................................................................................................................................

Salah Menempatkan Arti Cinta dan Kasih Sayang

Kita dapati kebanyakan orang salah menempatkan arti cinta dan kasih sayang kepada istri dan anak-anaknya, dengan menuruti semua keinginan mereka meskipun dalam hal-hal yang bertentangan dengan syariat Islam, yang pada gilirannya justru akan mencelakakan dan merusak kebahagiaan hidup mereka sendiri.

Sewaktu menafsirkan ayat tersebut di atas, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata: “…Karena jiwa manusia memiliki fitrah untuk cinta kepada istri dan anak-anak, maka (dalam ayat ini) Allah Ta’ala memperingatkan hamba-hamba-Nya agar (jangan sampai) kecintaan ini menjadikan mereka menuruti semua keinginan istri dan anak-anak mereka dalam hal-hal yang dilarang dalam syariat. Allah telah memotivasi hamba-hamba-Nya untuk (selalu) melaksanakan perintah-perintah-Nya dan mendahulukan keridhaan-Nya…”.

Oleh karena itulah, seorang kepala keluarga yang benar-benar menginginkan kebaikan dalam keluarganya hendaknya menyadari kedudukannya sebagai pemimpin dalam rumah tangganya, sehingga dia tidak membiarkan terjadinya penyimpangan syariat dalam keluarganya, karena semua itu akan ditanggungnya pada hari kiamat kelak. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“ألا كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته، … والرجل راع على أهل بيته وهو مسئول عنهم”

Ketahuilah, kalian semua adalah pemimpin dan kalian semua akan dimintai pertanggungjawaban tentang apa yang dipimpinnya … Seorang suami adalah pemimpin (keluarganya) dan dia akan dimintai pertanggungjawaban tentang (perbuatan) mereka“.

Cinta sejati yang abadi

Seorang kepala keluarga yang benar-benar mencintai dan menyayangi istri dan anak-anaknya hendaknya menyadari bahwa cinta dan kasih sayang sejati terhadap mereka tidak diwujudkan dengan hanya mencukupi kebutuhan duniawi dan fasilitas hidup mereka. Akan tetapi yang lebih penting dari semua itu pemenuhan kebutuhan rohani mereka terhadap pengajaran dan bimbingan agama yang bersumber dari petunjuk al-Qur-an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Inilah bukti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya, karena diwujudkan dengan sesuatu yang bermanfaat dan kekal di dunia dan di akhirat nanti.

Karena pentingnya hal ini, Allah Ta’ala mengingatkan secara khusus kewajiban para kepala keluarga ini dalam firman-Nya,

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ}

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (QS at-Tahriim:6).

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu ketika menafsirkan ayat di atas berkata, “(Maknanya): Ajarkanlah kebaikan untuk dirimu dan keluargamu”[4].

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Memelihara diri (dari api neraka) adalah dengan mewajibkan bagi diri sendiri untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, serta bertaubat dari semua perbuatan yang menyebabkan kemurkaan dan siksa-Nya. Adapun memelihara istri dan anak-anak (dari api neraka) adalah dengan mendidik dan mengajarkan kepada mereka (syariat Islam), serta memaksa mereka untuk (melaksanakan) perintah Allah. Maka seorang hamba tidak akan selamat (dari siksaan neraka) kecuali jika dia (benar-benar) melaksanakan perintah Allah (dalam ayat ini) pada dirinya sendiri dan pada orang-orang yang dibawa kekuasaan dan tanggung jawabnya”[5].

Demikian juga dalam hadits yang shahih ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang Hasan bin ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma memakan kurma sedekah, padahal waktu itu Hasan radhiyallahu ‘anhuma masih kecil, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hekh hekh” agar Hasan membuang kurma tersebut, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apakah kamu tidak mengetahui bahwa kita (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan keturunannya) tidak boleh memakan sedekah?”[6].

Imam Ibnu Hajar menyebutkan di antara kandungan hadits ini adalah bolehnya membawa anak kecil ke mesjid dan mendidik mereka dengan adab yang bermanfaat (bagi mereka), serta melarang mereka melakukan sesuatu yang membahayakan mereka sendiri, (yaitu dengan) melakukan hal-hal yang diharamkan (dalam agama), meskipun anak kecil belum dibebani kewajiban syariat, agar mereka terlatih melakukan kebaikan tersebut[7].

Kemudian, hendaknya seorang kepala keluarga menyadari bahwa dengan melaksanakan perintah Allah Ta’ala ini, berarti dia telah mengusahakan kebaikan besar dalam rumah tangga tangganya, yang dengan ini akan banyak masalah dalam keluarganya yang teratasi, baik masalah di antara dia dengan istrinya, dengan anak-anaknya ataupun di antara sesama keluarganya. Bukankah penyebab terjadinya bencana secara umum, termasuk bencana dalam rumah tangga, adalah perbuatan maksiat manusia? Allah Ta’ala berfirman,

{وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ}

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan (dosa)mu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (QS asy-Syuura:30).

Inilah makna ucapan salah seorang ulama salaf yang mengatakan, “Sungguh (ketika) aku bermaksiat kepada Allah, maka aku melihat (pengaruh buruk) perbuatan maksiat tersebut pada tingkah laku istriku…[8].

Dan barangsiapa yang mengharapkan cinta dan kasih sayangnya terhadap keluarganya kekal abadi di dunia sampai di akhirat nanti, maka hendaknya dia melandasi cinta dan kasih sayangnya karena Allah semata-semata, serta mengisinya dengan saling menasehati dan tolong menolong dalam ketaatan kepada-Nya. Allah Ta’ala berfirman,

{الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ}

Orang-orang yang berkasih sayang pada waktu itu (di akhirat) menjadi musuh satu sama lainnya, kecuali orang-orang yang bertaqwa” (QS az-Zukhruf:67).

Ayat ini menunjukkan bahwa semua jalinan cinta dan kasih sayang di dunia yang bukan karena Allah maka di akhirat nanti berubah menjadi kebencian dan permusuhan, dan yang kekal abadi hanyalah jalinan cinta dan kasih sayang karena-Nya[9].

Lebih daripada itu, dengan melaksanakan perintah Allah ini seorang hamba –dengan izin Allah Ta’ala– akan melihat pada diri istri dan anak-anaknya kebaikan yang akan menyejukkan pandangan matanya dan menyenangkan hatinya. Dan ini merupakan harapan setiap orang beriman yang menginginkan kebaikan bagi diri dan keluarganya. Oleh karena itulah Allah Ta’ala memuji hamba-hamba-Nya yang bertakwa ketika mereka mengucapkan permohonan ini kepada-Nya, dalam firman-Nya,

{وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً}

Dan (mereka adalah) orang-orang yang berdoa: “Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk (pandangan) mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa” (QS al-Furqan:74).

Imam Hasan al-Bashri ketika ditanya tentang makna ayat di atas, beliau berkata, “Allah akan memperlihatkan kepada hambanya yang beriman pada diri istri, saudara dan orang-orang yang dicintainya ketaatan (mereka) kepada Allah. Demi Allah tidak ada sesuatupun yang lebih menyejukkan pandangan mata seorang muslim dari pada ketika dia melihat anak, cucu, saudara dan orang-orang yang dicintainya taat kepada Allah Ta’ala[10].

Akhirnya, kami menutup tulisan ini dengan berdoa kepada Allah agar Dia senantiasa melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua dalam menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya pada diri kita sendiri maupun keluarga kita.

Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk (pandangan) mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

Kota Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, 25 Rabi’ul akhir 1430 H

Penulis: Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni, MA

Sumber:

  • Artikel www.muslim.or.id
  • http://muslim.or.id/muslimah/menjalin-cinta-abadi-dalam-rumah-tangga.htm

[1] Lihat “Tafsir Ibnu Katsir” (4/482).

[2] Taisiirul Kariimir Rahmaan (hal. 637).

[3] HSR al-Bukhari (no. 2278) dan Muslim (no. 1829).

[4] Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam “al-Mustadrak” (2/535), dishahihkan oleh al-Hakim sendiri dan disepakati oleh adz-Dzahabi.

[5] Taisiirul Kariimir Rahmaan (hal. 640).

[6] HSR al-Bukhari (no. 1420) dan Muslim (no. 1069).

[7] Fathul Baari (3/355).

[8] Dinukil oleh Ibnul Qayyim dalam kitab “ad-Da-u wad dawaa’” (hal. 68).

[9] Lihat “Tafsir Ibnu Katsir” (4/170).

[10] Dinukil oleh Ibnu Katsir dalam tafsir beliau (3/439).

10 March 2012

Sinar senja itu....

Bismillah'Hirahmanirohim.....
Remang senja itu begitu sirna. Sinarnya yang sementara, akan Fana pada pandangan mata. Senja itu damai sekali untuk dihayati, mata hati yang merasai seakan tidak ingin melepaskan ia pergi dari pandangan mata....Indah pada pandangan mata kasar namun rembesan warnanya menyimpan sesuatu yang sukar untuk dimengertikan, mungkin tentang simbolik pada maksud sebuah kehidupan........................... Kita belajar dari hadirnya Sang Senja yang tetap setia merembeskan cahaya kemerah-merahan dikaki langit walaupun hadirnya sekejap tetapi sinarnya bisa melekakan mata yang memandang. Jangan kita terlalu asyik pada senja yang sementara itu kerana apakah keindahan warna senja itu yang kita nantikan atau apa........Apakah kita akan lupa pada Fajar yang merekah diufuk timur meghadiahkan sebuah lukisan alam yang begitu indah untuk dinikamati tanda Kebesaran Yang Maha Agung Allah S.W.T. Itulah yang ada pada sebuah kehidupan. Tidak perlu untuk kita terpaku terlalu lama pada susuatu yang akan tetap akan pergi , Ikhlaskan pada takdir-Nya kerana mungkin mendung awan diufuk timur akan disinari pula dengan Sang pelangi ........kerna semuanya adalah milik-Nya dan akan kembali pada-Nya............. Alam seakan berbicara memuji pada Yang Esa betapa agung ciptaan-Nya....Maha suci Ya Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah'hualahiwassalam
...zizu_M.... 18 Rabiul'Akhir 1433Hijriah

08 March 2012

.......................Muhasabah 'hamba '...................

...Ketika Allah rindu pada hambaNYA, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.Dalam hadits qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu
Publish Post
Umamah)....

........RAHASIA KEBERKAHAN WUDHU........

Bismillahirrahmaanirrahiim... Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya "Ihya Ulumuddin". Mudah-mudahan Allah swt selalu mencucurkan rahmat-Nya. Banyak di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah tersendiri.
  • Ketika berkumur, berniatlah dengan, "Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini. Penjelasan: Sehari-hari kita bercakap-cakap mengenai benda-benda yang tak berfaidah

  • Ketika membasuh muka, berniatlah dengan, "Ya Allah,putihkanlah mukaku di akhirat kelak,Janganlah Kau hitamkan mukaku ini". Penjelasan: Muka para ahli surga putih berseri-seri.

  • Ketika membasuh tangan kanan,berniatlah dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini" Penjelasan: Hisab-hisab ahli surga diberikan di tangan kanannya.

  • Ketika membasuh tangan kiri,berniatlah dengan, "Ya Allah, janganlah Kauberikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini". Penjelasan: Hisab-hisab ahli neraka diberikan di tangan kirinya.

  • Ketika membasuh kepala,berniatlah dengan, "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Ma'syar dengan Arasy-Mu" Penjelasan: Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

  • Ketika membasuh telinga,berniatlah dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini" Penjelasan: Sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.

  • Ketika membasuh kaki kanan,berniatlah dengan, "Ya Allah, permudahlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan mudah sekali.

  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah dengan, "Ya Allah, bawalah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan : Qadha' dan qadar kita berada di tangan Allah.

Pernahkah terpikir mengapa kita mengambil wudhu sedemikian rupa? Pernahkah terpikir segala hikmah yang kita peroleh dalam menghayati Islam? Pernahkah terpikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukur dan bertaubatlah selalu.InsyaAllah...Aaminnn