Followers

27 May 2010

SALAM JUMAAT SEMUA....

RAHSIA JUMAAT

...info dari laman maya Kapt Hapidi bin Hussin...

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

  • Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

  • Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

  • Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

  • Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.
Moga jumaat yang kita harungi memberi seribu rahmat dan keinsafan pada diri agar bisa memperbaiki diri agar menjadi hamba-NYA yang berpegang teguh pada seruan ILLAHI berpandukan Al-Quran dan As-sunnah....Insyaallah...AMIN...

15 May 2010

TANGGAL 16 MEI 2010....

GURU OH GURU
...KARYAWAN AGONG USMAN AWANG 1979... Begitu mulia jasa seorang insan yang bergelar pendidik.

06 May 2010

CINTA DUNIA

" Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu? "Nabi S.A.W menjawab, Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banji, dan Allah s.w.t akan mencabut rasa gerun terhadap kamudari hati musuh2 kamu, dan Allah s.w.t akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit "wahan". Seorang sahabat bertanya "Apakah wahan itu Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab, 'WAHAN ialah cinta pada dunia dan takut pada mati". Hadis: Riwayat Abu Daud....
KETERANGANNYA...
Memamng benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat islam pada hari ini mengambarkan kebenaran itu. Umat islam walaupunmempunyai bilangan yang banyak iaitu 1,000juta (1/5 penduduk dunia ), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa lain. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, kekalahankaum muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin iyu sendiri, iaitu dari penyakit "wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhildan tidak mahu mendermakan hartadijalan Allah s.w.t. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhiratdan tidak ada perasaan untuk berkorbandengan diri dan jiwadalam memperjuangkan agam Allah s.w.t...
INFO...diambil daripada majalah NUR edisi Mei 2010...

04 May 2010

...first award...ahaks...

Salam...semua. Moga berada dalam keadaan sihat dan dalam lindungan kasih sayang-NYA. Sememangnya hari ini nak buat entri specail utk blog saya ini sebabnya dapat award daripada rakan sahabat blogger.
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang telah memberi penghargaan kepada blog ini yang tidak seberapa ini iaitu saudara mofizputra...toce2 huhuhu:). Award yang cantik ini....
[Untitled-1[3].png]
Jadi sebagai melengkapkan syarat penerimaan award yang cantik ini saya senaraikan 6 orang lagi rakan blogger yang akan dapat award ini hehehe...trime yep...
Bagi melengkapkan syarat penerimaan awards ini rakan-rakan blogger perlulah membuat entri pasal award ini didalam blog anda dan postkan award tersebut..hehehe...terima kasih semua..wassalam...:)