Followers

12 July 2014

DOA QUNUT NAZILAH

BISMILLAH HIRAHMANIRRAHIM,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keatas para Sahabat dan keluarga Baginda.


Allah bumi Palestin kembali di cerobohi. Namun semangat mereka tetap membara. semangat Naqbah. Doa para Muslimat  ibarat api yang membara mengiringi langkah para-para pejuang-pejuang. Kenangan para syahid dan Syahidah menjadi kekuatan untuk watan tetap bertahan. Janji ILLAHI itu benar.

DOA  SENJATA MUKMIN. Insya'ALLAH... ALLAH HUMMA YA ALLAH




SUMBER DOA:

1. http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/08/03/doa-qunut-nazilah/
2. http://intuisiinsurgensi.blogspot.com/2014/07/minat-bola-lupa-gaza.html





                                                                                                                           14 RAMADHAN 1435H

27 June 2014

Pada Doa dan Harapan


-->
Bismillah'hirahmanirahim...

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian:
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).


Sebagai seorang Islam doa seumpama isi dan kuku dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi disaat kita jatuh tersungkur dan lemah dalam sesuatu ujian dan dugaan yang diberikan. Begitu jua dengan soal jodoh kita. sekiranya kita telah atau pun tersukakan kepada seseorang hendaklah kita berdoa agar dirinya dan kita disatukan diatas ikatan ijab dan qabul dibawah penyaksian yang halal dan suci. 






-->
Untuk diri perlu kita ingat kembali dan soroti kembali kadangkala apa yang kita sangka baik itu berkemungkinan tidak baik bagi kita. Sesungguhnya Allah merancang yang terbaik buat kita.  Perkahwinan bukan semata-mata atas dasar CINTA. perlu diingat itu, perkahwinan adalah salah satu daripada pernyempurnaan iman dan juga memerlukan komitmen yang tinggi terhadap pasangan masing-masing. 

-->
Ingatlah hidup kita buka happy ending seperti dalam mana-mana novel stories dan mungkin tidak juga seindah pengakhiran seperti filem-filem cinta... atau mungkin juga penamatnya seperti QAISY dan LAILA, ROMEO AND JULIET, SHAH JEHAN DAN ISTERINYA, MUMTAZ..
Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan.

NAMUN...jika tidak dijaga dengan sebenar-benarnya berlandaskan syariat islam "ADA CINTA ADA KAHWIN" berkemungkinan besar P.E.R.Z.I.N.A.A.N itu berlaku. Pesan pada diri khususnya dan untuk sahabat yang dikasihi, justeru itu, Jagalah batasan pergaulan kita agar kelakuan kita seiring dengan tuntutan Allah s.w.t...

Dan jangan lupa...berdoalah sentiasa agar jodoh yang ditentukan kita adalah dalam kalangan soleh dan solehah. Kerana doa itu adalah perantaraan terus antara hamba-Nya dan Tuhan Pencipta tanpa terhijab dan akan diangkat ke langit ke tujuh.

Ayuh cuba hayati bait-baik kata ini di ambil dari laman sesawang. 
 
Ya Allah…
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!”

Ya Allah…
Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..

Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalanku

Ya Allah …
Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu 
(oleh Rieke-tetaplah disisiku)


Penantian itu indah jika hadir dalam buah kesabaran. Insya'Allah.


28 Syaaban 1435H

TETAMU YANG AGUNG. ( 10 Persediaan untuk menyambut kedatangan Ramadhan)


Bismillah'hirahmanirrahim. Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T atas kurnia dari-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keatas Keluarga dan Para Sahabat Baginda. Tiada apa yang diinginkan oleh seorang kekasih melaikan perjumpaan dengan orang yang dirinduinya. Ramadhan yang hampir menjenguk ibarat kekasih yang dirindui. Hadirnya di tunggu-tunggu dalam memenuhi keperluah roh dalam diri yang ingin diisi. Moga Ramadhan ini meniup Roh yang baru untuk jiwa dalam memperbaharui kehidupan dan Iman Mendekatkan diri pada Pencipta. Insya'Allah. aamiin.



 ...10 Persediaan untuk menyambut kedatangan Ramadhan...
 
1) Berdoalah agar Allah سبحانه وتعالى. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah dan zikir.
Para salafush-soleh selalu memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar dikurniakan bulan Ramadhan dan berdoa agar Allah سبحانه وتعالى menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى;
Doa Melihat Anak Bulan 1
.
“Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”
 .
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى atas kurniaan Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
 .
Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah ﷺ selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-soleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
 .
4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.
 .
5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Sesiapa Jujur kepada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.

فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّـهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ﴿٢١

“Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.” (Surah Muhammad 47; Ayat 21).
 .
6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى.

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada “AhluzZikri” (orang-orang yang berilmu), jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Anbiyaa’21 ; Ayat 7).
 .
7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.

وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur 24 ; Ayat 31).
 .
8) Mempersiapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang membantu proses tadzkiyatun-nafs. Hadirilah majlis ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan di sepanjang bulan Ramadhan.
 .
9) Persiapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan ringkas merangkumi puasa dan tarawih untuk edaran umum serta memberikan buku kecil atau lembaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah سبحانه وتعالى, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah ﷺ., dengan meneruskan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada keluarga, ibu bapa, isteri, anak dan saudara mara dengan mempereratkan hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Kerana manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.


Sumber asal:   

http://shafiqolbu.wordpress.com/2014/06/27/10-persediaan-untuk-menyambut-kedatangan-ramadhan/#comment-13509


28 SYAABAN 1435H

08 May 2014

JALAN ITU JAUH


"ALLAH HUMASOLLI'ALA MUHAMMAD WA'ALA ALIHI MUHAMMAD"


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Ibarat musafir, yang kembaranya digalas dengan bekalan untuk keperluan sepanjang perjalanan sebelum sampai ke perhentian. Begitulah kita didunia ini persis musafir mengembara pada sebuah maksud kehidupan. Kita pengembara sementara disini sebelum menjejak kampung abadi. Dan dalam pengembaraan persediaan atau bekalan  itu adalah penting untuk menampung setiap liku-liku sepanjang tempoh itu sebagai bekalan untuk sampai ke perhentian. 



Beruntunglah jika kita membuat persediaan yang awal jika nanti tempoh waktu perjalanan itu kita teruji kita sudah membuat persediaan seperti seadanya. Dan pengembaraan itu menuntut pada sebuah pengorbanan dan kepayahan. Disitulah kita akan diuji dan teruji. Keran jalan jauh. Penuh mehnah yang perlu pada sebuah bekalan agar nanti upaya menampung dalam perjalanan hingga sampai perhentian yang yang ABADI. 




9 Rejab 1435H
JUMAAT KAREEM