ASSALAMUALAIKUM, dan selamat malam rakan-rakan.Rasanyadiri ini ingin kongsi beberapa tips motivasi daripada sebuah buku yang amat menarik hati untuk di baca dan merupakan salah satu koleksi buku ilmiah motivasi kesayangan saya.heheheee sebab buku ini sukar untuk dapatkan dipasaran huhuhu. Tapi setelah memperolehinya memamg berbaloi-baloilah untuk dijadikan salah satu bahan bacaan yang dapat memotivasikan diri ini yang sememangnya memerlukan. Saya harap info ini dapat dikongsi bersama sahabat blogger yang dikasihi semua....WASSALAM...

Belajar Hari Ini untuk Memimpin Hari Esok
Mencipta diri lebih berpengaruh adalah satu proses. Daya pengaruh dibentuk secara harian, bukan dalam sehari. Itulah realiti kepada prinsip proses. Rahsia kepada kehidupan yang berjaya bagi seseorang adalah sentiasa bersedia menghadapi kehidupan akan datang. Apabila seseorang itu tekun, konsisten dan berdisiplin berada di dalam proses, maka secara tidak langsung seseorang itu sedang membuat persediaan.
David Beckham sentiasa tekun, konsisten dan berdisiplin berlatih melakukan tendangan percuma setiap hari. Ini membuatkan David Beckham sentiasa bersedia mengambil tendangan percuma setiap kali perlawanan bola. Nicole Ann David sentiasa tekun, konsisten dan berdisiplin berlatih tujuh jam sehari membuatkan beliau sentiasa bersedia menghadapi perlawanan bertaraf dunia.
Berita baik mengenai daya pengaruh adalah ia bukan keupayaan yang statik. Tidak kira bila saudara bermula, sekiranya saudara terus belajar maka saudara mampu menjadi baik dan lebih baik.
- Bertarung untuk ke Puncak
- Tiada Kejayaan Sekelip Mata
- Mula Langkah Demi Langkah
salam singgah
ReplyDelete