Followers

27 April 2011

Pelajar sekolah,Institut Pengajian Tinggi(IPT) tidak memahami makna Al-Fatihah...

Kuala Lumpur: Profesor Emeritus,Datuk Dr. Ishak Harun, tokoh akademik dari fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) mendedahkan kajian yang mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi(IPT) masih tidak memahami erti bacaan Al-Fatihah dalam solat mereka. Kajian menunjukkan lebih 80% pelajar tinggkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan Al-Fatihah. Perkembangan itu membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan Al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekaligus memberi kesan ke arah pembentukan Muslim yang di tuntut agama.

....TERJEMAHAN SURAH AL-FATIHAH....

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah Al-Fatihah juga dikenali sebagai 'Ummul kitab' atau 'Ummul Quran' yang bermaksud, induk kitab atau induk Al-Quran Al-Fatihah, surah yang mempunyai fadilat yang cukup besar dan disebabkan itu surah Al-Fatihah menjadi salah satu rukun sembahyang. Al-Fatihah juga merupakan Ruhnya Al Qur`an karana di dalamnya terkumpul macam-macam pujian, sifat-sifat yang tinggi bagi Allah subhanahu wa ta'ala, penetapan tentang kerajaan dan kekuasaan-Nya, adanya hari kiamat dan hari pembalasan, demikian pula ibadah serta niat. Terkandung pula di dalamnya macam-macam Tauhid dan beban syariat. Juga mengandungi doa yang paling utama dan permintaan yang paling mulia, yaitu permintaan agar selamat dari jalannya orang-orang yang menentang dan yang sesat menuju jalannya orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang mengamalkan ilmunya.Mereka yang meninggalkan surah tersebut, maka tidak sahlah solat yang dilakukan. Dalam sehari, sekurang-kurangnya, surah Al-Fatihah dibaca sebanyak 17 kali bagi melengkapi solat lima waktu yang difardhukan. Al-Fatihah, merupakan surah yang pertama yang diurunkan dengan lengkap. Hal ini dikuatkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah rodhiyallahu 'anhu secara marfu' (sampai pada Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam):-

"Tidak diberi pahala shalat (seseorang) yang tidak membaca Ummul Qur`an (Al Fatihah)."

Pendapat ulama tentang surah Al-Fatihah:-

1. Surah Al-Fatihah sunat dibaca ketika masuk dan keluar masjid.

2. Pahala bagi orang yang membaca surah Al-Fatihah ibarat pahala orang yang membaca dua pertiga dari al-Quran.

3. Bagi anak yang menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapanya yang meninggal dunia dan tersenarai sebagai ahli neraka, bacaan anak tersebut dapat menghindarkan mereka dari seksaan api neraka selama 40 hari.

4. Secebis kisah menceritakan perihal Rasulullah s.a.w. tatkala berjalan-jalan bersama sahabat yang bernama Abi Zaid, mereka terdengar seseorang sedang membaca surah Al-Fatihah. Lantas baginda berkata, "Kita berhenti dan dengar bacaannya sehingga selesai".

Hadis Rasulullah berkaitan Al-Fatihah:-

1. 'Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar bagi racun'

2. 'Apabila selesai imam membaca Al-Fatihah, hendalah kamu mengucapkan perkataan 'Amin', nescaya permintaan kamu diperkenankan.'

3. 'Bagi mereka yang mengunjungi sesuatu tempat lantas mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surah hingga akhirnya, mereka akan memperoleh ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah.

4. 'Bagi sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas ketika pulang kerumah, nescaya terhindar dari kefakiran dan kepapaan serta mendapat kebajikan di rumahnya.'

KEISTIMEWAAN SURAH AL-FATIHAH:- 1. AL-fatihah surah yang paling besar dalam Al-Quran
  • Diriwayatkan oleh Iman Ahmad bin Muhammad bin Hambal r.a., katanya, menyampaikan akan kami Yahya bin Said dari Syuibah, yang menerima khabar ini dari Hubaib bin Abdirrahman, dari Hafizhbin 'Ashim, dari Abu Said al-Ma'alli r.a., katanya 'Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w..Aku tidak dapat menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku didatangi baginda lalu berkata, "Kenapa engkau tidak segera mendatangi ku?" Aku menjawab, 'Aku dalam solat wahai Rasulullah. 'Berkata Rasulullah, "Bukankah Allah sudah berfirman, Hai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu. "Kata Baginda lagi, "Aku akan mengajarkan kepada mu sebesar-besar surah di dalam Al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid ini. "Ketika rasulullah keluar dari masjid, Baginda memegang tangan ku, lalu aku berkata, "Ya Rasulullah, engkau mengatakan mahu mengajarkan kepada ku sebesar-besar surah di dalam Al-Quran. "Berkata Rasulullah, "Ya iaitu Alhamdulillahi rabbil" aalamin( dan ayat seterusnya),tujuh ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Quran al-Azhim yang telah disampaikan kepada ku.'---Riwayat al-Bukhari,Abu Dawud, an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Waqidi dari berbagai sumber.
2. Membaca Al-Fatihah seolah-olah membaca kitab Taurat,Injil, dan Zabur
  • Diriwayatkan dari Ali bin Abu Talib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., berkata, "Sesiapa yang membaca Fatihatul-Kitab (Al-Fatihah), maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil, zabur dan al-furqan (al-Quran.)"
3. Diturunkan hanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Diriwayatkan oleh Muslim dan an-Nasa'i dari hadis Abul Ahwash, Salam bin Salim dari 'Ammar bin Zuraiq, dari Abdullah bin Isa bin Abdirrahman bin Abu Laila dari Said bin Jubair, dari Ibnu Abbas r.a. katanya, "Pada suatu hari Rasulullah mendengar suatu hari rasulullah s.a.w. duduk bersama Jibril. Tiba-tiba Rasulullah mendengar suatu bunyi dari atas. Jibril menoleh ke atas, kemudian berkata, 'Itu sebuah pintu, sudah terbuka di langit, dan tak pernah pintu itu turun malaikat, lantas menuju kepada Rasulullah, dan berkata, "Bergembiralah engkau (Muhammad) mendapat dua cahaya yang aku bawakan ini, yang tidak pernah kedua-dua cahaya itu ialah Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat di akhir Surah al-Baqarah, setiap huruf engkau baca dari kedua-duanya pasti engkau mendapatnya."
4. Allah menjawab setiap bacaan dari surah Al-Fatihah ...kredit untuk Majalah Islam Kontemporari...(AL-ISLAM edisi April 2011)...

No comments:

Post a Comment