BISMILLAH HIRAHMANIRRAHIM,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keatas para Sahabat dan keluarga Baginda.
Allah bumi Palestin kembali di cerobohi. Namun semangat mereka tetap membara. semangat Naqbah. Doa para Muslimat ibarat api yang membara mengiringi langkah para-para pejuang-pejuang. Kenangan para syahid dan Syahidah menjadi kekuatan untuk watan tetap bertahan. Janji ILLAHI itu benar.
DOA SENJATA MUKMIN. Insya'ALLAH... ALLAH HUMMA YA ALLAH
SUMBER DOA:
1. http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/08/03/doa-qunut-nazilah/
2. http://intuisiinsurgensi.blogspot.com/2014/07/minat-bola-lupa-gaza.html
14 RAMADHAN 1435H
Followers
12 July 2014
27 June 2014
Pada Doa dan Harapan
-->
Bismillah'hirahmanirahim...
Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Huraian:
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:” "Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).
Sebagai seorang Islam doa seumpama isi dan
kuku dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi disaat kita jatuh tersungkur dan
lemah dalam sesuatu ujian dan dugaan yang diberikan. Begitu jua dengan
soal jodoh kita. sekiranya kita telah atau pun tersukakan kepada seseorang
hendaklah kita berdoa agar dirinya dan kita disatukan diatas ikatan ijab dan
qabul dibawah penyaksian yang halal dan suci.
Untuk diri perlu kita ingat kembali dan soroti kembali kadangkala apa yang kita sangka baik itu berkemungkinan tidak baik bagi kita.
Sesungguhnya Allah merancang yang terbaik buat kita. Perkahwinan bukan semata-mata
atas dasar CINTA. perlu diingat itu, perkahwinan adalah salah satu daripada
pernyempurnaan iman dan juga memerlukan komitmen yang tinggi terhadap pasangan
masing-masing.
Ingatlah hidup kita buka happy ending seperti dalam
mana-mana novel stories dan mungkin tidak juga seindah pengakhiran seperti
filem-filem cinta... atau mungkin juga penamatnya seperti QAISY dan LAILA,
ROMEO AND JULIET, SHAH JEHAN DAN ISTERINYA, MUMTAZ..
Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan
bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an
yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti
kata lawannya, iaitu perzinaan.
NAMUN...jika tidak dijaga dengan sebenar-benarnya berlandaskan syariat islam "ADA CINTA ADA KAHWIN" berkemungkinan besar P.E.R.Z.I.N.A.A.N itu berlaku. Pesan pada diri khususnya dan untuk sahabat yang dikasihi, justeru itu, Jagalah batasan pergaulan kita agar kelakuan kita seiring dengan tuntutan Allah s.w.t...
Dan jangan lupa...berdoalah sentiasa agar jodoh yang ditentukan kita adalah dalam kalangan soleh dan solehah. Kerana doa itu adalah perantaraan terus antara hamba-Nya dan Tuhan Pencipta tanpa terhijab dan akan diangkat ke langit ke tujuh.
Ayuh cuba hayati bait-baik kata ini di ambil dari laman sesawang.
Dimanakah ku harus berlabuh…
Saat semua dermaga menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segara menjauh karna disini bukan tempatmu….!!!”
Ya Allah…
Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai kapan ku harus arungi waktu,..
Ku lelah Menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..
Ya Allah …
Beri aku penerang jalan-Mu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalanku
Ya Allah …
Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku…
Karna ku mati tanpa hadir-Mu
(oleh Rieke-tetaplah disisiku)
Penantian itu indah jika hadir dalam buah kesabaran. Insya'Allah.
28 Syaaban 1435H
TETAMU YANG AGUNG. ( 10 Persediaan untuk menyambut kedatangan Ramadhan)
Bismillah'hirahmanirrahim. Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T atas kurnia dari-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keatas Keluarga dan Para Sahabat Baginda. Tiada apa yang diinginkan oleh seorang kekasih melaikan perjumpaan dengan orang yang dirinduinya. Ramadhan yang hampir menjenguk ibarat kekasih yang dirindui. Hadirnya di tunggu-tunggu dalam memenuhi keperluah roh dalam diri yang ingin diisi. Moga Ramadhan ini meniup Roh yang baru untuk jiwa dalam memperbaharui kehidupan dan Iman Mendekatkan diri pada Pencipta. Insya'Allah. aamiin.
1) Berdoalah agar Allah سبحانه وتعالى.
Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan
dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat
melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat,
tilawah dan zikir.
Para salafush-soleh selalu memohon
kepada Allah سبحانه وتعالى agar dikurniakan bulan Ramadhan dan berdoa
agar Allah سبحانه وتعالى menerima amal mereka. Bila telah masuk awal
Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى;
.
“Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”
.
2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah
سبحانه وتعالى atas kurniaan Ramadhan yang kembali diberikan kepada
kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, “Dianjurkan
bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya
keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji
Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”
.
Dan di antara nikmat terbesar yang
diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada seorang hamba adalah ketika dia
diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika
Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus
bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3) Bergembiralah dengan kedatangan
bulan Ramadhan. Rasulullah ﷺ selalu memberikan kabar gembira kepada
para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang
kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah
mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka
pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-soleh sangat memperhatikan
bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada
kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena
bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
.
4) Rancanglah agenda kegiatan untuk
mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan
sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang
berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada
Allah سبحانه وتعالى.
.
5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu
Ramadhan dengan ketaatan. Sesiapa Jujur kepada Allah سبحانه وتعالى,
maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan
memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan.
فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّـهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ﴿٢١
“Maka
kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi
perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.” (Surah Muhammad 47; Ayat 21).
.
6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan
ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan
dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum
Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah سبحانه
وتعالى.
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada “AhluzZikri” (orang-orang yang berilmu), jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Anbiyaa’21 ; Ayat 7).
.
7) Sambut Ramadhan dengan tekad
meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar dari
segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur 24 ; Ayat 31).
.
8) Mempersiapkan jiwa dan ruhiyah kita
dengan bacaan yang membantu proses tadzkiyatun-nafs. Hadirilah majlis
ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa.
Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan di
sepanjang bulan Ramadhan.
.
9) Persiapkan diri untuk berdakwah di
bulan Ramadhan dengan membuat catatan ringkas merangkumi puasa dan
tarawih untuk edaran umum serta memberikan buku kecil atau lembaran
yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
10) Sambutlah Ramadhan dengan
membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah سبحانه وتعالى, dengan
taubatan nashuha. Kepada Rasulullah ﷺ., dengan meneruskan risalah
dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada keluarga, ibu bapa,
isteri, anak dan saudara mara dengan mempereratkan hubungan
silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling
bermanfaat bagi mereka. Kerana manusia yang paling baik adalah yang
paling bermanfaat bagi orang lain.
Sumber asal:
28 SYAABAN 1435H
08 May 2014
JALAN ITU JAUH
18 March 2014
Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik
BISMILLAH'HIRAHMANIRAHIM...
Doa Minta Jodoh
dan Keturunan yang Baik
Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.Kedua-dua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Subscribe to:
Posts (Atom)