Followers

05 January 2014









 BISMILLAH HIRAHMANIRAHIM...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dengan izin Allah segalanya dimaksudkan. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah syukur atas segala kurnia dari-NYA.


Persoalan berkenaan QUNUT NAZILAH:
* Qunut Nazilah, sunat dibaca pada rakaat terakhir solat fardhu apabila terjadi apa-apa bencana atau ujian, malapetaka dan selainnya.
* Doa Qunut Nazilah ini boleh dibaca sebagai doa dan dijadikan amalan harian.

(Jawapan dari Ustaz)




TAMBAHAN SUMBER :   http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/08/03/doa-qunut-nazilah/#more-4846

Doa Qunut Nazilah dibaca bertujuan membantu dan mendoakan saudara-saudara Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin terutama di negara-negara Arab dan Myanmar, Thailand dan Filipina.
Nu’man bin Bashir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Kamu akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bahagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit “ (Misykat: 422)
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda,“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”  (ibid)
.
Dikisahkan Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka.
Jibril AS memberitahu peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan mesej terkini dari para Quraaa tersebut, “Khabarkan kepada orang-orang bahawa kami telah berjumpa Tuhan kami. Dia (Allah) redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya”. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan “mengutuk” Bani Sulaym. (Bukhari 2:586)
.
Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahawa apabila ummt ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdoa untuk Ummat.
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang beriman dengan orang yang beriman yang lain seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya).” (ibid)
Berikut adalah Doa Qunut Nazilah yang dibaca pada setiap kali solat fardhu. (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :

WALLAH"HUALAM.....

No comments:

Post a Comment