Followers

12 October 2011

Kata-kata hikmah yang dipetik dari nasihat Sheikh Abdul Kadir Jailani

Kata-kata hikmah yang dipetik dari nasihat Sheikh Abdul Kadir Jailani

  • Apabila kamu bertemu dengan seseorang,maka lihatlah kelebihan yang ada padanya.Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri,”Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya.”
  • Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah,” Dia belum menderhaka kepada Allah.Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku.”
  • Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku.”
  • Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah,” Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak perolehi dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu.”
  • Sekiranya dia adalah seorang yang jahil,maka katakanlah,” Dia adalah orang yang menderhaka kepada Allah kerana kejahilannya. Sedangkan aku menderhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya. “
  • Sekiranya dia adalah seorang yang kafir,maka katakanlah,” Aku tidak tahu,mungkin akhirnya dia dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah.”

No comments:

Post a Comment