Followers

12 October 2011

PESANAN RASULULLAH S.A.W BUATMU WANITA..

Bismillahirrahmanirrahim...
  • Pertama;

Dari Aisyah ra bahawa Asma pernah datang mengadap Rasulullah saw dengan pakaian yg nipis. Lalu Rasulullah saw berasabda, "Apabila seorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini & itu, Rasulullah saw menunjukkn pd muka & tapak tangan Baginda" (Hadith Riwayat Abu Daud)

  • Kedua..

Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang brpakaian tetapi telanjang (dedah aurat), yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" (Hadith Riwayat Muslim)

  • Ketiga..

Rasulullah saw bersabda, "Tidak dibenarkan seorg lelaki duduk berdua-duaan dgn wanita tanpa dihadiri Muhrim" (Hadith Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah saw bersabda, "Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan yang ketiganya SYAITAN" (Hadith Riwayat Tirmizi & Hakim)

  • Keempat..

"Setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka tercium bau wangian itu bererti dia telah BERZINA". (Hadith Riwayat Ahmad)

Untuk diriku dan dirimu....Hargailah dirimu sebagai seorang wanita . Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita SOLEHAH...Ayuh gerakkan diri kita dalam mengapai redho dari Illahi.

Insya Allah.......

No comments:

Post a Comment