Followers

29 March 2010

Berkat selawat ke atas Rasulullah S.A.W

http://tutorialgdi.ws/anbia.html Berkat selawat keatas Rasullullah Dikisahkan dalam sebuah kisah bahawa telah datang seorang perempuan menemui Hassan Albasri dengan berkata "wahai tuan guru, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak perempuan yang telah meninggal dunia, saya sangat2 hendak melihat kedudukan anak saya didalam mimpi, oleh itu saya memohon kepada tuan ajarkan kepada saya amalan yang dapat memperlihatkan kedudukan anak saya" Setelah mendengar kata2 perempuan itu maka Hassal ALbasri pun mengajarkan kepada perempuan itu selawat keatas Rasulullah SAW. Setelah perempuan itu mempelajari dari Hassan ALBasri selawat tersebut, maka dia pun mengamalkan setiap hari sehingga pada suatu malam dia bermimpi, dalam mimpinya dia melihat anak gadisnya itu berada dalam neraka. Leher anak gadisnya dibelenggu sementara kedua kakinya diikat dengan tali dari neraka. Sebaik sahaja perempuan itu melihat keadaan anak gadisnya itu, maka dia pun berjumpa dengan Hassan AlBasri lalu menceritakan perihal keadaan anaknya. Maka Hassan alBasri dan sahabatnya pun menangis. Setelah sekian lama, maka satu hari Hassan albasri pun bermimpi dalam mimpinya dia melihat seorang gadis dalam syurga duduk diatas tilam dan dikepalanya terdapat mahkota yang memancarkan cahaya terang benderang, menerangi segala sesuatu ditumur dan barat. Dalam mimpi itu Hassan Albasri pun ditegur oleh gadis itu dan berkata, "Wahai tuan guru, kenalkah siapa saya ini?" Hassan menjawab "Aku tidak kenal siapakah kamu". Gadis itu berkata "Akulah anak perempuan yang mana satu ketika dulu tuan guru telah mengajarkan selawat keatas seorang perempuan" Hassan berkata " Katakanlah kapada ku bagaimana kamu memperolehi kedudukan yang terbaik ini?" Gadis itu berkata "Wahai tuan guru, satu hari seorang hamba Allah telah lalu dan membaca selawat lalu disedekahkan kepada kami semua, semua dia menyedekahkan selawat itu, kami mendenganr suara berkata "Hentikan seksaan keatas mereka dan bebaskan mereka semua disebabkan berkat selawat hamba Allah itu keatas Rasulullah SAW" ________________________________________________________

No comments:

Post a Comment