Salam mesra untuk sahabat
Insan yang pernah ku kenal
Mengajar ku tentang kehidupan
Menangisku keranamu
Ketawaku keranamu
Salam kasih untuk sahabat
Yang bersusah kerana deritaku
Memberi hutang tak berbayar
Menghadiahi kefahaman
Dulu aku keliru
Ilmu tak habis bersama usia
Jiwa tak luntur oleh sumpahan
Kekaguman ku pada hujah mu
Setingginya sahabat...
Hanyalah engkau inspirasiku
Disini tempat aku
Dimana pujian amat murah
Cacian yang cepat menyusur
Derita yang sering bertandang
Kebenaran pula semakin jarang
Salam hormat buat sahabat
Peribadi yang amat berbeza
Berdirinya aku disini
Dengan langkah peribadi tersendiri
Sandiwara bersama sahabat
Menganugerahi makna hakikat
Bahasa insan itu bukan Malaikat....
No comments:
Post a Comment