Followers

25 March 2010

Pada syurga di wajahmu...

Alangkah bermaknanya kata-kata yang dilafazkan oleh seseorang insan, khasnya seandainya ucapan itu mampu menjadi pengajaran dan mendidik manusia dengan maksud yang tersirat dan tersurat seandainya mereka mengerti.... Sekadar ingin berkongsi pengetahuan saya cuba catatkan beberapa mutiara kata yang saya terbaca@perolehi dibeberapa buah buku untuk berkongsi dan mungkin boleh menjadi suatu pengajaran bersama... Sayidina Abu Bakar as-Siddiq (ra)...Seorang teman dan sahabat RASULULLAH S.A.W yang setia dan hebat pengorbanannya... *Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh ditepi jalan. Dilempar dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.* Sayidina Abu Bakar as-Siddiq (ra)merupakan lelaki dewasa pertama yang menyahut seruan Nabi Muhammad S.A.W untuk menerima Islam. Beliau menerima Islam selepas Khadijah dan Ali.Kata-kata beliau juga.......... * Sesungguhnya seorang hamba itu apabila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya ALLAH SWT akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu....* # Kebijaksanaan dan keimanan, mampu menangkis pendustaan meskipun besar jumlahnya.....#

No comments:

Post a Comment