Followers

31 March 2010

doa sekolah

nilah doa sekolah kami....SMK KETEREH Ya Allah Tuhan pencipta alam kepadaMU kami memohon, berikanlah rahmatMU kepada kami, limpahkanlah hidayat dan inayahMU kepaDA KAMI, sesungguhnya Engkaulahn Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Jadikanlah kami orang yang berilmu, beriman dan beramal kepadaMU. Janganlah Engkau jadikan kami orang yang engkar kepadaMU.Hiasilah diri kami dengan sifat-sifat terpuji yang Engkau sukai, janganlah Engkau tumbuhkan di hati kami sifat-sifat keji yang Engkau murkai kerana kami sedar bahawa sifat-sifat keji itu akan membawa kami ke neraka. Ya ALLAH Ya Tuhan kami, jadikanlah guru-guru kami sebagai pemimpin yang akan membawa kami ke jalan yang Engkau redhai. Tanamkanlah di dalam jiwa mereka semangat yang tidak mudah luntur dalam mendidik kami semoga kami mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ya ALLAH Ya Tuhan kami, hindarilah kami daripada hati yang tidak khusyuk, daripada doa yang tidak di makbulkan, daripada nafsu yang tidak pernah cukup dan daripada ilmu yang tidak berguna.....AMIN.....

No comments:

Post a Comment